Tuesday, December 1, 2020

KEMPISKAN PERUT DENGAN ASAM GELUGUR

Asam gelugur (Garcinia atroviridis Griff) atau asam keping merupakan sejenis pokok nadir yang dipercayai berasal dari semenanjung Malaysia. Pokok ini telah disebarkan ke negara-negara jiran seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak ada yang dicatitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia kerana kebanyakannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. 

Antara negeri-negeri semenanjung yang didapati mempunyai banyak jumlah pokok ini ialah seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah. Terdapat juga pokok asam gelugur di kawasan hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung berhampiran. Rasa daun dan bunga dalah lemak-lemak, sedikit manis, sedikit kemasaman dan kelat. Manakala buahnya pula rasa masam jika dimakan. Buah dan pucuknya bersifat sejuk.

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN ASAM GELUGUR / KEPING

Petua ni bukan sahaja boleh bantu kempiskan perut yang buncit. Malah, ia juga bantu turunkan berat badan dan hilangkan rasa sakit kepala. Jom cuba, bahan mudah sahaja semestinya ada di dapur.


BAHAN BAHAN

  • 2 atau 3 keping asam gelugur / asam keping
  • Air panas.


CARA PENYEDIAAN

  • Basuh dahulu Asam Gelugur / Keping
  • Masukkan 2 atau 3 keping asam gelugur bersama 1 cawan air panas.
  • Biar semalaman sehingga Asam kembang dan keluarkan pati.
  • Bangun tido waktu pagi dan boleh minum.
  • Minum waktu pagi sebelum sarapan masa perut kosong.
  • ( Boleh buat dan minum 3 atau 4x dalam masa 1minggu)




No comments:

Post a Comment