Sunday, November 29, 2020

KHASIAT LADA BENGGALA

Lada benggala (Tulisan Jawi: لادا بڠڬالا; juga dikenali sebagai lada loceng atau kapsikum /ˈkæpsᵻkəm/)  ialah kumpulan kultivar spesies Capsicum annuum. Kultivar tumbuhan menghasilkan buah-buahan dalam pelbagai warna, termasuk merah, kuning, jingga, hijau, putih, dan ungu. Lada benggala kadang kala dikelompokkan dengan jenis lada yang kurang pedas sebagai "lada manis".

Lada benggala berasal dari Mexico, Amerika Tengah, dan bahagian utara Amerika Selatan. Benih lada diimport ke Sepanyol pada 1493, dan dari sana, tersebar ke Eropah dan Asia. Kultivar lada lembut dibentuk pada tahun 1920-an, di Szeged, Hungary. Keadaan yang sesuai untuk menanam lada benggala termasuk tanah yang hangat, lembap dalam pelbagai suhu 21 hingga 29 °C (70 hingga 84 °F).

Namanya lada tapi tak pedas. Itulah Lada Benggala atau capsicum. Buahnya besar dan ada pelbagai variasi dan warna. Ada hijau, merah, kuning, oren, ungu, coklat dan ada juga hitam. Sayuran ini rendah kalori dan tidak mengandungi lemak serta banyak vitamin dan mineral. Lada ini dikatakan berasal dari Mexico dan Amerika Tengah.

Lada ini banyak ditanam di negara bersuhu panas dan ianya dijadikan sebagai rempah, sayuran dan ubatan. Lada Benggala mengandungi antioksidan dan zat fito anti keradangan. Zat fito ini termasuklah flavonoid dan asid hydroxycinnamic. Terdapat juga karotenoid seperti alpha-karotena, beta-karotena, cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin.

Lada Benggala juga bersifat antibakteria, anti karsinogenik, analgesic dan antidiabetik yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh. Kaya dengan sumber vitamin A, C, B6, B1, B2, B3, B5, E, serat, folat, kalium, vitamin K, mangan dan magnesium.

KHASIAT LADA BENGGALA

1.Mengurangkan tahap kolestrol

Bahan utama yang mengawal kepedasan dalam lada Benggala dikenali sebagai capsaicin. Capsaicin ini memiliki sifat-sifat antibakteria, anti karsinogenik, analgesic dan anti diabetik. Lada Benggala dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah dan memecahkan pembinaan kolestrol.

Ciri-ciri pemanasan dalam lada Benggala mampu membantu merawat masalah peredaran yang kurang baik pada kaki dan tangan. Ia juga mampu mengurangkan tahap kolestrol LDL buat mereka yang obes. Capsaicin juga mampu meningkatkan kadar metabolik tanpa menaikkan tekanan darah dan kadar denyut jantung sekali gus membantu dalam mengurangkan berat badan.


2.Merangsang peredaran darah

Warna merah lada adalah disebabkan kandungan vitamin A yang tinggi. Lada Benggala telah digunakan sebagai mangkin untuk herba-herba lain.

Vitamin C dalam lada Benggala mampu membantu penyerapan zat besi sekali gus mencegah anemia. Unsur kolagen juga terkandung dalam lada Benggala. Justeru itu, Lada Benggala mampu merangsang peredaran dan mempertingkatkan aliran darah.


3.Melegakan kesakitan ulser

Lada Benggala juga mampu membantu sistem pencernaan bagi melegakan keradangan usus, merangsang perlindungan membran mukus pada perut dan melegakan kesakitan yang disebabkan oleh ulser.


4.Baik untuk penglihatan

Kaya dengan vitamin C dan mampu membantu mencegah rabun di waktu malam. Kehadiran karotenoid dalam lada Benggala mampu merendahkan risiko kemerosotan makula dan membantu mengekalkan penglihatan yang sihat.


5.Mencegah kekurangan zat besi

Vitamin C dalam lada Benggala dikatakan mampu membantu penyerapan zat besi. Ini akan mencegah kekurangan besi dan anemia.


6.Mencantikkan kulit wajah

Pengambilan lada Benggala mampu membantu menghasilkan kolagen, satu bahan yang bertanggungjawab dalam kulit sihat dan anjal.

Antioksidan dan fitokimia dalam lada Benggala juga dapat membantu kulit kekal muda. Semoga info ini memberi manfaat pada kita semua.

No comments:

Post a Comment