Friday, September 10, 2021

KHASIAT DAUN PEPIJAT

Pokok Pepijat atau nama saintifiknya Elettariopsis curtisii merupakan sejenis pokok herba yang tergolong dalam famili Zingiberaceae. Tumbuhan lain yang termasuk dalam famili ini adalah seperti kunyit ( Curcuma longa ) dan halia (Zingiberofficinale). Kebiasaannya, tumbuhan di dalam famili Zingiberaceae mempunyai rizom atau umbisi yang boleh digunakan samada dalam perubatan herba atau dalam masakan.

Daun herba cemomok atau juga  dikenali sebagai daun pepijat, mungkin agak kurang popular kerana baunya kurang enak jika dihidu seakan serangga pepijat. Namun begitu terkenal dengan pelbagai khasiatnya. Anak pokok ini dalam keluarga  Zingiberacea iaitu  merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga halia.

Pokok cemomok hidup subur di kawasan yang udaranya lembab, tanah yang lembab dan mendapat naungan yang sepenuhnya dari tumbuhan lain. Daunnya seakan-akan daun kunyit. Bunganya berwarna putih. Bau pijatnya akan bertukar menjadi satu aroma yang amat menyelerakan bila dimasak. Aromanya lagi bangkit apabila daun yang kering digunakan dalam masakan. 

Antara jenis masakan yang menggunakan daun pepijat ialah masak lemak cili api ayam dan ikan sungai dan gulai asam rong. Kepada sesiapa yang gemar mencuba, boleh juga cuba buat sambal pijat. sambal ini amat popular di daerah Jeli, kuala krai dan Gua Musang di kelantan. Pendek kata kalau kenduri kendara di sana memang tidak sah kalau tidak dihidangkan sambal pijat. sambal pijat menggunakan ramuan seperti cili api, isi ikan yang direbus (kadang-kadang tidak dimasukkan), isi pepijat.

Dari segi kegunaan perubatan pula, daunnya dijadikan pembalut tungku untuk rawatan selepas bersalin. Juga dijadikan campuran dalam air mandian selepas bersalin dan semasa dalam pantang. Fungsinya untuk membuang angin dalam badan. Kajian saintifik sedang dijalankan untuk mengkaji potensi minyak pati daun dan akarnya untuk menjadi agen anti bakteria.



No comments:

Post a Comment