Tuesday, December 1, 2020

KHASIAT PUCUK LABU KUNING

Labu manis atau skuasy musim sejuk atau labu musim sejuk adalah buah tahunan yang tumbuh musim panas yang mewakili beberapa spesies skuasy dalam genus Cucurbita. Ia berbeza daripada labu musim panas kerana ia dituai dan dimakan pada peringkat buah matang, apabila benih dalam telah matang sepenuhnya dan kulitnya telah menjadi kulit keras. Pada peringkat ini, kebanyakan jenis buah-buahan ini boleh disimpan untuk digunakan semasa musim sejuk. Ia biasanya dimasak sebelum makan.

KHASIAT PUCUK LABU KUNING

Dah lama cari pucuk labu kuning, hari ni baru jumpa kat pasar. Tekak orang kampung gitu la. Teringin nak masak lemak putih campur baby jagung ngan keledek. Pada yang gemar sayur ni memang sedap. Korang tau tak pucuk labu ni nampak je lekeh tapi sebenarnya banyak khasiatnya. 


1. Meningkatkan kesuburan

Terutama untuk orang yang ingin dapatkan zuriat. Mereka boleh amalkan makan pucuk labu ini sebagai rawatan untuk meningkatkan kesuburan.  Pucuk labu kaya dengan kandungan zat besi yang tinggi. Ini sangat bagus untuk merawat masalah kemandulan dan menyuburkan sperma.


2. Merawat kencing manis. 

Daun pucuk labu bersifat diuretik iaitu dapat melancarkan pembuangan air kecil. Segala toksik dan bahan urea dapat dikumuh dengan lancar.


3. Atasi Kekejangan

Hiris daun labu muda dan dicampur dengan garam serta air kelapa. Kemudian disimpan dalam botol, diminum untuk mengatasi kejang. Ini adalah sebagai salah satu ikhtiar untuk atasi masalah kekejangan.


4. Turunkan Kolesterol

Daun labu kaya dengan hipolipidemik dan bahan terapi yang berguna untuk hiperkolesterolemia.


5. Sembuhkan Anemia

Daun labu kaya zat besi yang berfungsi  untuk menyembuhkan anemia.


6. Antibakteria

Daun labu juga bersifat antibakteria yang mana dapat melawan segala jenis bakteria jahat dalam tubuh.


7. Tingkatkan Daya Tahan Tubuh

Daun labu mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Daun ini memiliki kandungan protein yang tinggi. Ini sangat bagus untuk meningkatkan daya ketahanan badan.


No comments:

Post a Comment