Sunday, November 29, 2020

CERMAI DAN KHASIAT UNTUK KESIHATAN

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.

Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk (masin/masam ataupun manis). Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih tunggal yang keras di tengah-tengahnya.

KHASIAT CERMAI

Daun cermai mengandungi banyak air, karbohidrat, saponin, flavonoida, tanin, polifenol, protein, lemak, dan serat. Manakala buah cermai pula mengandungi serat, mineral dan vitamin C.

Dikatakan memakan pucuk cermai dapat merawat alahan kulit, penawar racun gigitan serangga biasa, lumbago, sengal-sengal peha, tekanan darah tinggi, dan kanser.Buahnya pula dapat merawat sembelit.


Lain lain khasiat cermai. Jom kita kongsi lagi khasiat tumbuh-tumbuhan :

Kandungan nutrien yang tinggi dalam cermai sangat bagus untuk kesihatan. Dalam perubatan tradisional cermai digunakan untuk


1. Menstabilkan darah tinggi.

Daun dan akarnya dikeringkan dan direbus. Air rebusannya diminum. 


2. Merawat kencing manis.

Akarnya dikeringkan, direbus dan diminum airnya. Boleh juga makan buahnya yang segar sama ada dibuat ulam dan sebagainya. 


3. Merawat batu karang.

Ambil 7 kerat akar cermai, dan 3 keping petai belalang direbus bersama-sama dan minum airnya. 


4. Merawat kanser.

Ambil 1/4 genggam pucuknya, sehelai pucuk betik, 1/3 genggam bayam merah dan 1 biji lobak merah saiz sederhana dkisar menjadi jus.  Tapis dan campur dengan 3 sudu madu. Diminum 3 kali sehari. 


5. Merawat batuk dan asthma

Mengunyah akar cermai juga dapat mengubati batuk dan lelah (Asthma). Cermai mengandungi antioksidan yang tinggi berkesan untuk melindungi sel-sel dalam badan. 


6. Merawat kulit dan jerawat

Cermai mempunyai vitamin A yang membekalkan kolagen untuk kulit muka dan melambatkan penuaan.Tumbuk daun cermai sehingga lumat dan lumurkan di muka atau jerawat. 


7. Mengurangkan kadar kolesterol

Amalkan minum air rebusan cermai secara konsisten.


8. Menurunkan panas dalam badan.

Minumlah rebusan daun cermai yang dicampurkan dengan sedikit gula batu. Daun cermai juga boleh mengubati demam campak. Caranya, kisar daun cermai dengan kunyit hidup. Gaulkan dengan daun semambu, sapukan pada badan pesakit.

Jika ingin menghilangkan parut demam campak atau parut luka. Sapukan  cermai yang telah ditumbuk lumat dengan sedikit beras dan kapur sirih. Sapukan pada kesan parut. Lakukan sehingga parut hilang.


9. Menurunkan berat badan. 

Rebus segenggam daun cermai dengan 3 gelas air. Rebus sehingga menjadi 2 gelas. Tapis airnya dan minum air rebusan 2 kali sehari pagi dan malam. Amalkan minum sekali sekala sahaja. 


10. Biji cermai berkhasiat untuk merawat sembelit dan mual perut.

Cara 1

Giling 3/4 sudu teh biji cermai sampai halus. Tambahkan secawan air panas dan tapis. Bila suam tambahkan 1 sudu makan madu dan minum. Amalkan 2 kali sehari.


Cara 2

Ambil segenggam daun cermai dan tumbuk jalus. Tambah 1/2 gelas air panas dan tapis. Minum bila suam.

Ini hanyalah amalan tradisional sahaja sebagai ikhtiar untuk kesihatan. Tak salah kita kongsikan manfaatnya untuk kebaikan.

No comments:

Post a Comment