Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.
Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang
wangi dan tumbuh setinggi 8-12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan
bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting.
Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.
Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh
dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada
pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah
apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai
panjang 1.5-2 cm.
KEGUNAAN
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah
dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi
menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan
membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia,
cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.
KHASIAT BUNGA
CENGKIH
Cengkih rempah yang selalu kita guna bila masak kari atau sup. Nampak kecik tapi kalau tergigit tu, fuhhh boleh hangin 1 badan Tapi sebenarnya cengkih nie banyak khasiat tau. Jangan pandang kecik gitu. Khasiat cengkih :
- Merawat masalah pernafasan
- Membantu sistem pencernaan
- Memanaskan badan
- Mengandungi euganol yang berfungsi mencegah pembekuan darah yang mencegah penyakit jantung dan stroke
- Sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit dan wajah
Sebab tu sesiapa amalkan air yang ada cengkih, kulit akan makin cantik. Plus pembuangan pun lancar. ðŸ¤
Slm
ReplyDelete