Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruii Linn dari keluarga "Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis, buah pinggang dan penyakit berkaitan hati.
Pokok dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Daun pokok dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok dukung anak kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau
Pokok-pokok yang tumbuh meliar sebenarnya boleh dijadikan penawar penyakit. Macam Pokok Dukung Anak (Phyllanthus niruri) sering kita lihat tumbuh di tanah terbiar, dalam pasu-pasu bunga atau celah-celah rekahan simen.
Siapa sangka pokok dukung anak ini banyak kegunaannya:1. Melancarkan pembuangan air kecil.
Rebus daun dan akar dukung anak, kemudian tapis. Minum segelas pada waktu pagi selama tiga hari berturut turut.
2. Merawat bisul di kelopak mata.
Rebus daun dukung anak dengan sedikit air. Sapu air rebus yang telah sejuk di atas bahagian bisul.
3. Merawat penyakit demam kuning.
Ambil segenggam daun dukung anak, tumbuk sehingga lumat dan tambah air masak. Masukkan sedikit garam. Minumlah ramuan tersebut segelas pagi dan petang. Dalam masa 2 minggu penyakit demam kuning akan hilang.
4. Merawat penyakit kencing berdarah.
Ambil pokok dukung anak beserta akarnya. Rebus pokok itu dan minum airnya 2 kali sehari. Minum selama lima 5 hari berturut-turut.
5. Ikhtiar dapatkan zuriat
Rebus daun dan akarnya dengan 2 cawan air. Rebus sampai airnya menjadi 1 cawan air. Selawat dan minum airnya.
Bukan tu sahaja pokok dukung anak ni jugak boleh digunakan untuk merawat jaundis, darah tinggi dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment