Tuesday, December 1, 2020

KHASIAT SERAI UNTUK KESIHATAN

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

KHASIAT DAUN SERAI KAYU

Daun serai kayu atau Eugenia Polyantha memang sangat terkenal sebagai ulam nasi kerabu atau pun laksam. Rasanya yang kelat kelat dan memiliki aromanya tersendiri mampu membangkitkan selera. Pucuk serai kayu juga dijadikan ulam dicicah dengan sambal belacan atau pun budu dan dimakan bersama nasi putih. 

Khasiat pucuk serai kayu mampu mengubati penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol, cirit birit, demam, kudis, bisul dan awet muda. Antara khasiat serai yang lain :


1. Darah tinggi/kencing manis/kolestrerol

Rebus 15 helai daun serai kayu bersama 1 liter air. Rebus selama 30 minit. Minum segelas setiap pagi sekali sehari.


2. Demam 

Ambil 20 helai daun serai kayu dan ramas dalam sebaldi air. Mandi setiap petang sebagai bilasan paling akhir.


3. Cirit birit 

Untuk cirit birit boleh rebus dan minum airnya. Boleh juga dimakan pucuknya begitu sahaja atau dibuat ulam.


4. Ubat kudis

Tumbuk akar dan kulit batang pokok serai kemudian tampal ditempat luka.


5. Gout

Ambil 12 helai daun serai kayu, rebus bersama 10 gelas air. Biarkan mendidih sehingga airnya tinggal 7 gelas. Minum segelas sehari.



No comments:

Post a Comment