Sunday, November 29, 2020

KHASIAT KACANG PITACHIO UNTUK KESIHATAN

Pistacio (Pistacia vera) adalah pokok kecil yang berasal dari Asia Tengah dan Timur Tengah sefamili dengan gajus dalam keluarga Anacardiaceae. Pohon ini menghasilkan benih yang banyak digunakan sebagai makanan.

Pistacia vera sering dikelirukan dengan spesies lain dalam genus Pistacia yang juga diketahui sebagai pistacio. Spesies lain yang dapat dibezakan oleh taburan geografi mereka (dalam hidupan liar) dan benih mereka yang banyak yang lebih kecil dan mempunyai cengkerang lembut.

JOM KENALI KACANG PISTACHIO

Menurut kajian di Pennsylvania State University, memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan.  Secara tidak langsung ini dapat mencegah penyakit jantung, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal. Untuk mendapatkan kacang yang berkualiti pilihlah kulit luarnya yang terbuka kerana kulit tertutup menandakan kacang belum cukup tua.Pastikan juga warna kacangnya hijau terang. Kacang yang terlalu tua atau lama, warnanya akan pudar dan layu.

 

KHASIAT KACANG PISTACHIO

Antara khaisat kacang ini adalah seperti berikut :


1. Mengaktifkan Minda

Kandungan vitamin B6 yang terkandung dalamnya mampu meningkatkan kadar penghasilan hemoglobin dalam darah. Oleh itu, peredaran darah dan oksigen dapat dibekalkan ke seluruh anggota badan termasuk otak. Hasilnya, minda seseorang mampu memberi tumpuan dengan lebih baik dan cerdas. 


2. Kaya Serat & Protein

Pistachio memiliki kandungan kalori dan lemak tepu rendah. Ia juga kaya dengan protein dan lemak sihat. Ia sesuai dijadikan snek kerana kandungan serat dan proteinnya yang tinggi membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih cepat.


3. Meningkatkan Kesihatan Mata

Pistachio mempunyai kandungan antioksidan yang tertinggi. Ia mengandungi antioksidan jenis lutein dan zaexanthin yang berfungsi untuk mengekalkan kesihatan mata.

Dua jenis antioksidan ini melindungi mata daripada rosak akibat pendedahan cahaya biru atau ‘blue light’. Dua elemen ini mampu mengurangkan risiko terkena penyakit ‘age-related macular degeneration (ARMD)’ iaitu pereputan makular yang mengakibatkan kemerosotan penglihatan apabila usia semakin meningkat.


4. Menyihatkan Rambut

Pistachio adalah makanan suplemen yang amat baik kerana ia mengandungi vitamin E dan biotin serta protein asid amino L-arginin yang mampu melancarkan peredaran darah. Ada yang mengamalkan mask rambut dengan menggunakan pistachio bagi mengelakkan rambut gugur, hujung rambut bercabang dan mengekalkan kelembapan pada rambut.


5. Nilai GI Rendah

Walaupun kacang pistachio mengandungi kadar karbohidrat yang agak tinggi, tetapi ia mempunyai nilai GI (glycemic index) yang rendah. Jadi, ia amat baik untuk diamalkan termasuk pesakit diabetes. Kandungan protein, lemak sihat dan serat yang tinggi dapat memperlahankan proses penyerapan gula dalam darah. Kadar antioksidannya yang tinggi pula membantu dalam mengekalkan fungsi sel dalam pankreas yang menghasilkan insulin.


6. Awet Muda

Pistachio mampu memberi banyak manfaat kepada kesihatan kulit. Pengambilan pistachio secara kerap dapat membekalkan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas yang sering menyebabkan penuaan pada kulit.

Kadar asid lemaknya juga membantu dalam menghasilkan kulit yang sihat dan ‘glowing’. Kandungan vitamin E pula dapat mengekalkan kesihatan kulit serta melindungi kulit daripada rosak akibat cahaya matahari.


7. Meningkatkan Penghasilan Darah Merah

Kacang ini juga mampu mengurangkan risiko anemia. Kandungan zat besinya dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah, manakala mineral kuprum pula dapat membantu penyerapan zat besi secara berkesan dalam badan. Penghasilan darah merah yang baik bermakna aliran darah dalam badan juga makin baik. Kacang ini amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung bagi menaikkan bacaan hemoglobin.


8. Memperbaiki Sistem Penghadaman

Pistachio mengandungi sumber serat yang baik. 30 gram pistachio mampu membekalkan 3 gram serat, iaitu kadar yang lebih dari mencukupi dalam memastikan sistem penghadaman berfungsi dengan baik.Kandungan seratnya juga penting dalam penghasilan bakteria baik dalam usus. Ini dapat mengurangkan risiko sembelit atau gastrik ulser.


9. Menjaga Kesihatan Jantung

Pengambilan pistachio dalam diet harian mampu meningkatkan kesihatan jantung. Pistachio kaya dengan antioksidan dan asid lemak tidak tepu. Asid amino L-arginin juga dapat mengelakkan salur darah tersumbat sehingga menyebabkan terjadinya darah beku.

Pistachio berperanan mengurangkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam badan. Paras kolesterol yang baik dan terkawal dapat mengurangkan risiko sakit jantung.


10. Sumber Vitamin B6

Pistachio adalah antara makanan yang mengandungi vitamin B6 yang tertinggi. Vitamin B6 berfungsi membina sistem pertahanan badan yang tinggi serta melindungi badan daripada jangkitan dan kanser. Vitamin B6 juga membantu penghasilan asid amino yang berperanan membina sistem saraf yang sihat.


No comments:

Post a Comment