Sunday, November 29, 2020

JERING DAN KHASIAT PERUBATAN

Jering, kenuak atau jengkol ialah tumbuhan yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan pedar. Sesiapa yang memakan buah jering akan mengeluarkan air kencing yang berbau hancing kuat.

Pokok Jering ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan Thailand. Pokok ini merupakan pokok saka yang besar dan rendang dan selalunya tumbuh meliar di dalam hutan. Nama botaninya Pithecellobium jiringa

Jering sering dimakan sebagai ulam tetapi kurang popular kerana baunya yang tidak menyenangkan. Pewarna ungu yang didapati daripada lenggai-lenggai pokok ini telah dipergunakan untuk mencelup sutera. Kayu pokok ini ringan dan tahan lama sederhana. Warnanya semakin menjadi perang tua dengan berlangsungnya masa. Kayu ini amat mudah dikerjakan dan telah digunakan untuk kerja kayu halus, almari, dan perabot lain.

Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan

KEGUNAAN/KHASIAT 

  1. Buah jering dimakan untuk merawat kencing manis. Daunya pula digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit dan gatal-gatal.
  2. Kayap : pucuk jering + bunga pecah periuk dikunyah sirih + pinang dan ditampal/disapu airnya
  3. sakit kulit : biji dilumat dan sapu pada kulit
  4. batu karang : rebus biji dan halia diminum
  5. kudis : daun tua dibakar jadi arang campur minyak dan disapu


No comments:

Post a Comment