Lada hijau komersil, seperti lada hitam, terbuat dari buah yang mentah. Lada hijau kering diperlakukan dengan cara mempertahankan warna hijau pada buahnya, dilakuan dengan belerang dioksida atau pembekuan-pengeringan. Buahnya yang mentah diawetkan dalam air garam atau cuka. Lada hijau, sebahagian besar tidak dikenal di Barat, digunakan di beberapa masakan Asia, terutama masakan Thai. Lada hijau cepat membusuk jika tidak dikeringkan atau diawetkan.
Cili hijau merupakan sumber makanan yang mampu meningkatkan imunisasi badan dan kaya dengan khasiat vitamin C. Sebenarnya ada banyak lagi manfaat cili hijau untuk kesihatan yang jarang diketahui umum.
KHASIAT CILI HIJAUAntara khasiat Cili Hijau adalah seperti berikut :
1. Kaya Nutrisi dan Fiber
Cili hijau kaya dengan nutrisi seperti magnesium, iron, potassium, vitamin A, B, C, E dan P serta fiber.
2. Kaya Kalsium
Kalsium di dalam cili hijau mampu meningkatkan sel-sel darah baru.
3. Sumber Antioksidan
Vitamin A, B kompleks dan C dalam cili hijau menjadi sumber antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Kandungan ini mampu memperbaiki sel-sel tubuh yang disebabkan oleh bakteria, dan membantu mencegah pembekuan darah.
4. Menghalang Keradangan
Kandungan antioksidan dalam cili hijau dapat meredakan rasa sakit dan bengkak tulang akibat keradangan seperti penyakit reumatik, asteoarthritis dan arthritis.
5. Meningkatkan Imunisasi
Kandungan pelbagai vitamin dalam cili hijau berperanan meningkatkan kekebalan sistem tubuh dan imunisasi untuk melawan penyakit.
6. Menjaga Sistem Pernafasan
Cili hijau mengandung phytonutrient yang baik untuk sistem pernafasan dan melindungi paru-paru dari penyakit seperti kanser paru-paru, batuk dan asma.
7. Menguatkan Tulang dan Gigi
Cili hijau kaya dengan kalsium yang mampu menguatkan tulang dan gigi. Ia juga mampu mengurangkan risiko osteoporasis dan pendarahan jika tercedera.
8. Menjaga Kesihatan Mata
Kandungan Vitamin A dalam cili hijau mampu meningkatkan sistem penglihatan dan mengurangkan risiko penyakit katarak dan rabun akibat peningkatan usia.
9. Melancarkan Sistem Pencernaan
Kandungan serat yang tinggi mampu membantu membersihkan usus besar daripada sisa-sisa makanan, mengurangkan masalah sembelit dan melancarkan sistem pencernaan.
10. Menurunkan Berat Badan
Kandungan air yang tinggi dan tanpa kalori sangat baik untuk turunkan berat badan. Ini kerana ia berupaya meningkatkan metabolisme.
Sistem pencernaan yang lancar juga berupaya meningkatkan metabolisme dalam badan. Proses ini dapat membantu pembakaran lemak dalam tubuh.
11. Mengawal Stress
Kandungan nutrien dalam cili hijau mampu mengawal stress dan mampu membekalkan endorphin yang baik untuk mengekalkan emosi yang positif.
12. Menjaga Kesihatan Kulit
Kandungan antioksidan yang tinggi dapat membekalkan kolagen di kulit. Kandungan vitamin C dan E ini mampu melicinkan kulit dan mengurangkan masalah kulit wajah seperti jerawat dan kedutan.
13. Menyihatkan Rambut
Kandungan silikon dalam cili juga mampu meningkatkan aliran darah di folikel rambut. Ditambah lagi dengan kandungan vitamin C yang membekalkan oksigen ke rambut menjadikan rambut lebih sihat, kuat dan tidak mudah bercabang.
14. Mengawal Kencing Manis
Penggunaan cili hijau yang kerap boleh menyeimbangkan kadar gula dalam darah dengan bertindak mengawal tahap insulin dalam badan.
Slm
ReplyDeleteSlm
ReplyDelete