Sunday, November 29, 2020

KHASIAT BUAH PELAGA

Buah pelaga ni antara rempah ratus paling tertua di dunia. dia adalah berasal dari India, Nepal dan Bhutan, Ia dikenali melalui buah benih kecilnya, segi tiga dalam keratan rentas dan berbentuk gelendong (spindle-shaped), nipis, tipis seperti kertas bahagian kulit luar dan biji hitam kecil.  Buah pelaga dikenali juga dengan nama botaninya elettaria cardamomum, merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan berasal dari dalam hutan di selatan India. Ia tumbuh secara meliar.  

Buah pelaga adalah rempah ketiga paling mahal di dunia dan dianggap sebagai "Ratu Rempah". Benih mempunyai aroma manis dan rasa sedikit pedas. Minyak patinya diperolehi dari proses penyulingan stim bijinya. Hampas minyak dan damar digunakan dalam perprosesan makanan, minuman beralkohol dan minyak wangi.

Tamadun Unani, Roman, Mesir dan Arab menggunakannya  dalam ramuan pengasih (in love potions). Buah pelaga jugak mempunyai pelbagai manafaat kesihatan. Buah pelaga memang banyak kegunaannya sejak daripada zaman dahulu.

Orang Mesir kuno dikatakan gemar mengunyah biji pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai minyak wangi. 

KEGUNAAN DAN PERAWATAN

  1. Untuk batuk dan sesak nafas - ambil secubit serbuk buah pelaga, secubit garam batu, 1 sudu minyak sapi, dan ½ sudu teh madu, dicampur bersama-sama.
  2. Buah pelaga berfungsi sebagai diuretik, mengurangkan rasa perit semasa kencing. Ambil secubit buah pelaga dengan ½ cawan jus timun dua kali sehari. 
  3. Untuk gangguan pendarahan, ambil secubit buah pelaga, Saffron/ kunyit, buah pala, dicampurkan dengan ½ sudu teh madu, dan 1 sudu teh jus aloe vera dua kali sehari. 
  4. Untuk loya-loya, ambil 2 cubit buah pelaga dengan ½ sudu teh madu dan ½ cawan susu masam / yogurt. 
  5. Untuk sakit perut saraf pencernaan kanak-kanak, gabungkan secubit buah pelaga dengan secubit Adas dan 1 sudu teh madu. Ini membantu menghentikan muntah-muntah, sendawa, dan refluks asid. 
  6. Untuk meneutralkan kesan kafein pada kelenjar adrenal, tambahkan secubit buah pelaga, halia, dan buah pala kedalam kopi.
  7. Untuk mengurangkan pembentukan sifat lendir pada susu, tambah ½ sudu kecil serbuk buah pelaga dan ½ sudu teh serbuk kunyit kedalam 1 cawan susu. 
  8. Buah pelaga berfungsi sebagai tonik pencernaan hebat. Penyediaan penawar semula jadi dengan herba ini boleh dibuat dengan mencampurkan buah pelaga, halia dan biji Adas, diambil dalam jumlah yang sama. 
  9. Tambah sesudu teh campuran ini kedalam secawan air dan tambahkan secubit asafoetida ke dalamnya. Rendaman ini membantu menghilangkan gas dalam usus. 
  10. Campuran sesudu teh biji buah pelaga dan Adas adalah ramuan yang baik bagi masalah pencernaan. 
  11. Berkumur dengan rendaman kayu manis dan buah pelaga membantu merawat radang Pharyngitis dan sakit tekak secara semula jadi. 
  12. Menyedut minyak pati buah pelaga secara wapan mengurangkan batuk, selsema dan kesesakan. 
  13. Mengambil sesudu besar madu dicampur dengan beberapa biji buah pelaga dapat memperbaiki penglihatan dan mengurangkan kelemahan saraf.
  14. Minuman teh buah pelaga turut melegakan sakit kepala yang disebabkan ketidak hadaman makanan. 
  15. Penyediaan teh herba dengan merendam suku sudu teh serbuk biji buah pelaga dalam air mendidih selama kira-kira 3-4 minit, membantu masalah kemurungan, keletihan dan keasidan perut.
  16. Campurkan kandungan yang sama banyak halia kering, licorice dan serbuk halus biji buah pelaga. Minum ramuan ini bersama sesudu madu untuk menyembuhkan jangkitan mulut dan sakit gigi.
  17. Pengambilan jus lemon bercampur sedikit gula, dan secubit serbuk buah pelaga adalah amat baik untuk pening-pening lalat dan sakit kepala. Mengambil gabungan lima titis tincture buah pelaga dan 15 titik tincture gentian (dari keluarga Gentianaceae), ia berfungsi sebagai meningkatkan selera makan. Digunakan tiga kali sehari.
  18. Buah pelaga memanafaatkan pesakit yang mengalami penyakit seliak (celiac) (Gangguan pada kanak-kanak dan dewasa; ketidak mampuan menerima protin gandum  (gluten); sinthomp termasuk gangguan deria hidu, cirit-birit dan tubuh badan menjadi kurus (emaciation), maka ia membantu memerangi kesan intoleransi gluten, kesatu tahap.



No comments:

Post a Comment