Saturday, December 9, 2017

PETUA MENGEKALKAN WARNA PAKAIAN

PAKAIAN
Dalam pengertiannya yang paling umum, pakaian ditakrifkan sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep). Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan fungsian dan sosial. Pakaian melindungi badan manusia yang bogel daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan. Tetapi setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.

Manusia juga menghiaskan badan-badan mereka dengan mekap atau kometik, minyak wangi, dan hiasan yang lain; mereka juga menggunting, mencelup, dan mengeset rambut, bulu roma muka, dan badan (sila lihat fesyen rambut), dan kekadang juga menandakan kulit mereka dengan tatu, pelelasan, dan penyucukan. Kesemua hiasan ini menyumbangkan kepada kesan keseluruhan dan mesej pakaian, tetapi bukannya pakaian pada dirinya.


PETUA MENGEKALKAN WARNA PAKAIAN


Baju berwarna terutama yang berwarna gelap dan pastel mudah luntur. Untuk mengekalkan warna pakaian anda, cubalah petua ini


Ambil dua biji kentang, kupas kulitnya dan rebus. Lenyek kentang tersebut dengan sedikit garam dan sedikit cuka. Lumur keseluruhan pakaian anda dengan campuran tersebut. Biarkan selama setengah jam dan kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.




PETUA MENCERAHKAN KULIT DENGAN LULUR KOPI

KULIT
Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.



PETUA MENCERAHKAN KULIT DENGAN LULUR KOPI



Kulit yang terdedah pada cahaya matahari dan debu dapat membuat kulit tubuh kelihatan kusam dan tidak bermaya. Perawatan lulur dengan menggunakan serbuk kopi dipercayai dapat mengembalikan kecerahan kulit tubuh anda. Biji kopi yang telah dijadikan serbuk akan menghasilkan minyak antioksidan yang bersifat menghaluskan, membuat kulit menjadi cerah dan kelihatan lebih cerah.


Tumbuk ½ kg biji kopi bali sehingga separuh halus, kemudian tambahkan minyak zaitun dan tepung bengkuang secukupnya menjadi paste. Kacau hingga rata. Usapkan lulur kopi ini pada seluruh tubuh anda sambil digosok-gosokan secara perlahan. Biarkan anggaran selama 1 jam agar minyak yang terkandung pada kopi menyerap ke seluruh tubuh. Setelah itu, bilas tubuh sampai bersih dengan menggunakan air yang telah dicampur sedikit garam.

Tuesday, December 5, 2017

PETUA MENGHILANGKAN KOTORAN DARIPADA PAKAIAN

PAKAIAN
Dalam pengertiannya yang paling umum, pakaian ditakrifkan sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep). Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan fungsian dan sosial. Pakaian melindungi badan manusia yang bogel daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan. Tetapi setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.

Manusia juga menghiaskan badan-badan mereka dengan mekap atau kometik, minyak wangi, dan hiasan yang lain; mereka juga menggunting, mencelup, dan mengeset rambut, bulu roma muka, dan badan (sila lihat fesyen rambut), dan kekadang juga menandakan kulit mereka dengan tatu, pelelasan, dan penyucukan. Kesemua hiasan ini menyumbangkan kepada kesan keseluruhan dan mesej pakaian, tetapi bukannya pakaian pada dirinya.


PETUA MENGHILANGKAN KOTORAN DARIPADA PAKAIAN

PETUA BERSIHKAN PAKAIAN TERKENA CAT

Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.


PETUA BERSIHKAN PAKAIAN TERKENA KARAT

Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil garam halus sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.


PETUA BERSIHKAN PAKAIAN TERKENA MINYAK


Kesan tompokan minyak pada pakaian terutama berwarna putih memang sukar dihilangkan. Penggunaan bahan peluntur boleh memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak masih tidak hilang. Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.


PETUA MENGHARUMKAN ALMARI


ALMARI PAKAIAN
Almari, (berasal dari perkataan bahasa Portugis “Armario”), manakala dalam bahasa Inggeris disebut Wardrobe, juga dikenali dengan Armoire berasal dari bahasa Perancis, merupakan sebuah kabinet berdiri tinggi atau bersaiz sederhana untuk menyimpan pakaian atau buku atau barang-barangan perhiasan. Pada awal kemunculan almari, almari secara fizikalnya mempunyai struktur fizikal seperti peti mebel tua dan ia tidaklah digunakan sehingga ke sesuatu ketika dimana para pemegang darjat kebesaran yang tinggal didalam istana agung dan istana para bangsawan yang berpengaruh kuat yang mana ada diantara mereka yang menginap dalam sesuatu kamar yang berasingan dari bilik menyimpan pakaian.

Nama sesuatu Almari itu diberikan bergantung kepada sesuatu bilik yang mempunyai keluasan dinding yang diselaputi oleh cupboard dan loker, laci menjadi penemuan yang relatif pada alaf moden. Dari almari dan loker lemari, pakaian moden, dengan ruang yang mempunyai pegantung, luncuran rak dan laci, berevolusi perlahan-lahan juga merupakan revolusi reka cipta almari dari hari ke hari

PETUA MENGHARUMKAN ALMARI

KULIT LIMAU
Cara yang paling mudah dan menjimatkan ialah dengan menggunakan kulit limau. Buat uncang daripada kain kain yang nipis atau kain kasa, dan isikan kulit limau. Untuk mencantikkan lagi, ikat uncang ini dengan riben dan letakkan di dalam almari pakaian. Tukarkan bila sudah hilang bau.

DAUN PANDAN

Letakkan beberapa helai daun pandan ke dalam almari tersebut. Tukarkan bila sudah hilang bau. Cara ini pon dikatakan dapat menghalau lipas.

PETUA MENGELAKKAN PERUT BUNCIT

BUNCIT
Perut buncit atau perut gendut, dikenal dengan nama klinis obesitas abdominal atau obesitas sentral, adalah kumpulan lemak abdominal berlebih yang terdapat di daerah abdomen. Obesitas abdominal berkaitan erat dengan penyakit kardiovaskular. Obesitas abdominal tidak hanya ditemukan pada orang tua dan penderita kegemukan. Selain itu, obesitas abdominal telah dikaitkan dengan penyakit Alzheimer serta penyakit metabolis dan vaskular lainnya.


PETUA MENGELAKKAN PERUT BUNCIT

Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau 3 jam kemudiannya. Minum air kosong (bukan air berperisa) sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Lebih banyak lebih bagus.



PETUA MENGHILANGKAN BAU PETI SEJUK


PETI SEJUK
Peti sejuk ialah alat mekanik untuk menyimpan dan memeliharakan makanan yang cepat rosak. Alatan ini pada dasarnya direka bentuk sebagai unit penyejuk dengan petak sejuk beku yang berkongsi sistem penyejukannya dengan lagi sebuah petak untuk suhu sejuk yang dikekalkan di luar takat sejuk beku.

Peti sejuk merupakan rekaan yang agak moden, bersama-sama dengan alat-alat dapur yang lain. Alatan ini menggantikan kotak ais yang merupakan barang kegunaan rumah selama hampir satu setengah abad.


PETUA MENGHILANGKAN BAU PETI SEJUK


Bersihkan peti ais terlebih dahulu. Tutup suis dan keluarkan semua bahan yang terdapat dalam peti ais. Gunakan tuala basah untuk lap keseluruhan bahagian dalam peti ais. Biarkan kering.

Setelah kering, masukkan semula semua bahan dalam peti ais. Letakkan sedikit esen vanilla di dalam bekas kecil tanpa penutup dan masukkan ke dalam peti ais. Hasilnya peti ais anda akan berbau vanilla yang segar.

PETUA MENGELAKKAN RAMBUT BERUBAN


TEH
Pokok Teh merupakan sejenis pokok renek yang daun atau pucuk nya boleh dikeringkan dan dibuat minuman teh dengan merendam daun yang dikeringkan itu di dalam air panas. Nama sainsnya Camellia sinensis.

PETUA MENGELAKKAN RAMBUT BERUBAN 


Rambut hitam legam bagai seorang model iklan shampoo pasti menjadi idaman kebanyakan wanita, lelaki pon sama. Namun ada yang rambut putih muncul sebelum waktunya. Ada beberapa faktor penyebab munculnya rambut putih ini lebih awal, diantaranya adalah stres dan gaya hidup tidak sihat.
 
Ada cara mudah untuk membantu mencegah rambut putih tumbuh sebelum sampai waktunya. Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, kacau hingga larut. Setelah sejuk pada suhu bilik, tuangkan secara merata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, kemudian bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo. Untuk hasil yang maksima, lakukan perawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali.

PETUA MENGHITAMKAN RAMBUT


DAUN KARI
Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.


Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

PETUA MENGHITAMKAN RAMBUT DENGAN DAUN KARI


1) Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.

2) Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.

3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

4) Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.

Selamat mencuba.


Monday, December 4, 2017

PETUA MENGHILANGKAN KESAN DAKWAT PADA PAKAIAN

DAKWAT
Dakwat adalah cecair mengandungi pigmen atau pencelup yang digunakan untuk mewarnakan permukaan untuk membentuk imej atau teks. Dakwat digunakan untuk melukis atau menulis dengan pen atau berus.


PETUA MENGHILANGKAN KESAN DAKWAT PADA PAKAIAN



SUSU
Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

CUKA
Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

GARAM
Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.


PENYEMBUR RAMBUT
Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.

PETUA MASKER WAJAH UNTUK KULIT BERMINYAK



PETUA MASKER WAJAH UNTUK KULIT BERMINYAK


TELUR AYAM DAN LEMON
Dapatkan sebiji telur ayam dan setengah biji buah lemon. Masukkan putih telur dan jus lemon kedalam sebuah mangkuk dan kacau hingga sebati. Sapukan masker ini ke seluruhan wajah kecuali bahagian mata. Biarkan selama 115 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

PETUA MENGHILANGKAN RASA PAHIT PERIA


PETUA
petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

PERIA
Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.

PETUA MENGHILANGKAN RASA PAHIT PERIA

RENDAM
Rendam peria yang telah dipotong ke dalam air beras sejam sebelum dimasak.


GARAM
Bancuh 1 sudu garam dengan semangkuk air . Masukkan peria yang telah dipotong dan biarkan selama 5-10 minit. Toskan dan sedia untuk dimasak.


REBUS

Rebus peria terlebih dahulu tapi jangan terlalu lama. Toskan airnya dan masakseperti biasa

PETUA MENGHADAMKAN MAKANAN DENGAN SEMPURNA

PETUA
Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.


PETUA MENGHADAMKAN MAKANAN DENGAN SEMPURNA



1) Makan dengan tenang. Beri masa untuk kita makan Tidak perlu gelojoh, nikmat makanan hanya dapat dirasai sepenuhnya ketika makan dengan tenang.

2) Luangkan sedikit masa untuk kunyah makanan sehingga lumat, barulah ditelan.

3) Makan pada masanya sebelum lapar dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.

4) Jangan disulami minum air ketika makan.

5) Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlukan dikunyah seperti nestum, bubur, madu, glukos, yogurt dan lain lain.

PETUA MENGELAKKAN MULUT BERBAU

MULUT BERBAU
Halitosis, juga dirujuk sebagai "penyakit nafas berbau", merupakan suatu keadaan di mana terdapatya bau yang tidak menyenangkan dari nafas seseorang. Ia lazimnya terjadi akibat aktiviti tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut. Halitosis dianggarkan menjadi sebab ketiga terkerap orang mendapatkan bantuan pergigian, mengikuti karies gigi dan penyakit periodontium


PETUA MENGELAKKAN MULUT BERBAU


HALIA

Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.

Amalakan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.

MEMBERSIHKAN LIDAH

Terlalu fokus di bahagian mulut dan gigi, lidah jangan dilupakan. Kerana anda juga harus membersih di bahagian lidah untuk membunuh bakteria biofilm. Bahagian atas lidah adalah bahagian utama yang membantu mendatangkan bau kurang selesa mulut anda. Rekahan lidah membantu bakteria untuk bersembunyi. Jadi pergi dapatkan tongue cleaner untuk membersih bukan sahaja di bahagian mulut dan gigi, malahan juga lidah.


AIR PUTIH

Air putih mempunyai 1001 kelebihan. Sebenarnya air putih membantu untuk membunuh bakteria jahat yang membuatkan nafas atau mulut anda berbau. Amalkan pengambilan air putih sekurangnya 2 liter sehari. Dengan basahan mulut anda yang kerap, akan melemahkan bakteria untuk hidup selesa di dalam mulut anda. Jadi tiadalah bau nafas!


BERHENTI MEROKOK

Agar seseorang dapat berhenti merokok 100 % memang sulit, bahkan sangat-sangat sulit sekali. Akan tetapi jika kamu tak ingin dijauhi oleh orang disekitar karena bau napas, motivasilah diri sendiri untuk mulai mengurangi rokok sampai nantinya berhenti total.


Bila kamu butuh sedikit bantuan untuk bisa move on dari rokok, belilah nikotin tempel di apotik terdekat. Itu terbukti cukup efektif untuk membantu seseorang mengurangi kecanduan rokok.

PETUA MENGHILANGKAN PARUT DIMUKA


PARUT

Parut adalah area dari jaringan fibrosa (fibrosis) yang menggantikan kulit yang luka setelah cedera. Bekas luka adalah hasil dari proses biologis dari perbaikan luka pada kulit dan jaringan tubuh. Dengan demikian, jaringan parut adalah bagian dari proses penyembuhan alami. Kecuali lesi yang sangat kecil, setiap luka (misalnya, setelah kecelakaan, penyakit, atau operasi) Menghasilkan bekas luka. Kecuali beberapa hewan yang memiliki regenerasi  sempurna yang menumbuhkan kembali jaringan tanpa pembentukan parut.

PETUA MENGHILANGKAN PARUT DIMUKA


DAUN PEGAGA
Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

BUAH LEMON
Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya. Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi, menjadikannya bahan efektif untuk menghilangkan sebarang kesan parut.

TIMUN

Selalu nampak orang gunakan timun untuk hilangkan keletihan atau ‘eyebag’ pada mata saja kan? Tapi, sebenarnya timun turut kaya dengan khasiat vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan dan berkesan menghilangkan kesan jerawat yang hitam, berlubang, atau