Sunday, December 3, 2017

PETUA MENGHILANGKAN TANDA HITAM DIBAWAH MATA

PETUA
Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

PETUA MENGHILANGKAN TANDA HITAM DIBAWAH MATA

JUS LEMON DAN AIR SUAM
Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

UNCANG TEH
Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

KENTANG
Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.


AIR SEJUK
Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.

KUNING TELUR
Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

MINYAK SAPI

Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka

No comments:

Post a Comment