KULIT
Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ
manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun. Kulit
bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu
sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
PETUA MENCERAHKAN KULIT DENGAN LULUR KOPI
Kulit yang terdedah pada cahaya matahari dan debu dapat membuat kulit
tubuh kelihatan kusam dan tidak bermaya. Perawatan lulur dengan menggunakan
serbuk kopi dipercayai dapat mengembalikan kecerahan kulit tubuh anda. Biji
kopi yang telah dijadikan serbuk akan menghasilkan minyak antioksidan yang
bersifat menghaluskan, membuat kulit menjadi cerah dan kelihatan lebih cerah.
Tumbuk ½ kg biji kopi bali sehingga separuh halus, kemudian tambahkan
minyak zaitun dan tepung bengkuang secukupnya menjadi paste. Kacau hingga rata.
Usapkan lulur kopi ini pada seluruh tubuh anda sambil digosok-gosokan secara
perlahan. Biarkan anggaran selama 1 jam agar minyak yang terkandung pada kopi
menyerap ke seluruh tubuh. Setelah itu, bilas tubuh sampai bersih dengan
menggunakan air yang telah dicampur sedikit garam.
No comments:
Post a Comment