RAMBUT
Rambut
merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna
hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka
yang tinggal di Barat.
PETUA MENCEGAH
RAMBUT GUGUR
1) Campurkan
air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum
bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran
ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu
dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti
bunga.
2) Hiris
beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian
sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit.
Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih.
Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.
3) Masak
santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan
sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala
dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat
menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.
4) Ambil air
rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan
kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan
harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.
5) Satukan
lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan
sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan
kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam.
Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut
menjadi kuat dan lambat beruban.
6) Tumbuk
segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga
kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala.
Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.
7) Ambil
tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur.
Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air
bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.
No comments:
Post a Comment