GIGI
Gigi (tulisan Jawi : ݢيݢي) merupakan struktur putih kecil yang
terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan vertebrat. Gigi digunakan untuk
mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Sesetengah haiwan,
terutamanya karnivor, juga menggunakan gigi untuk memburu atau mempertahankan
diri. Akar gigi diselaputi oleh gusi.
PETUA MEMUTIHKAN GIGI
BIKARBONAT SODA & LIMAU NIPIS
Ambil 1 sudu bikarbonat soda dan letakkan ke dalam piring. Perah sebiji
limau nipis atau lemon ke atas bikarbonat soda itu.
Gabungan kedua-dua bahan tersebut akan bertindakbalas. Ambil berus gigi
dan gaul-gaulkan sebatian tersebut dan terus gunakan untuk memberus gigi.
Amalkan sekali sahaja dalammasa seminggu. Hasil akan kelihatan dalam masa 1
bulan.
KULIT PISANG
Kulit pisang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi yang kuning,
Anda boleh mengupas pisang kemudian mengambil kulitnya. Gunakan kulit pisang,
kemudian gosok-gosokan selama dua sampai lima minit pada gigi.
Lalu diamkan beberapa minit kemudian bersihkan gigi Anda dengan
menggosok gigi. Anda boleh melakukan cara ini satu hingga dua minggu untuk
mendapatkan hasil yang maksimal.
KULIT LIMAU
Kulit limau merupakan salah satu bahan alami yang boleh bermanfaat untuk
memutihkan gigi. Anda boleh menggunakan sisi putih atau bahagian dalam dari
kulit limau dan menggosokannya pada gigi Anda selama beberapa kali sehari
sehingga gigi Anda nampak menjadi lebih putih. Limau mengandung vitamin C maka
gigi akan sensitif terhadap cara tersebut.
No comments:
Post a Comment