PAKAIAN
Dalam pengertiannya yang paling umum, pakaian ditakrifkan sebagai
penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung
kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep). Manusia memakai pakaian atas
alasan-alasan fungsian dan sosial. Pakaian melindungi badan manusia yang bogel
daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan
keselamatan. Tetapi setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.
Manusia juga menghiaskan badan-badan mereka dengan mekap atau kometik,
minyak wangi, dan hiasan yang lain; mereka juga menggunting, mencelup, dan
mengeset rambut, bulu roma muka, dan badan (sila lihat fesyen rambut), dan
kekadang juga menandakan kulit mereka dengan tatu, pelelasan, dan penyucukan.
Kesemua hiasan ini menyumbangkan kepada kesan keseluruhan dan mesej pakaian,
tetapi bukannya pakaian pada dirinya.
PETUA MENGEKALKAN WARNA PAKAIAN
Baju
berwarna terutama yang berwarna gelap dan pastel mudah luntur. Untuk
mengekalkan warna pakaian anda, cubalah petua ini
Ambil
dua biji kentang, kupas kulitnya dan rebus. Lenyek kentang tersebut dengan
sedikit garam dan sedikit cuka. Lumur keseluruhan pakaian anda dengan campuran
tersebut. Biarkan selama setengah jam dan kemudian cuci dengan sabun atau
detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
No comments:
Post a Comment