BERAT BADAN
Pertambahan
berat badan ialah peningkatan dalam berat badan. Hal ini boleh melibatkan
peningkatan dalam jisim otot, deposit lemak, cecair yang berlebihan seperti air
atau faktor-faktor lain. Berat badan boleh menjadi tanda-tanda keadaan
perubatan yang serius.
PETUA MENGURANGKAN BERAT
BADAN
JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG
Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita
menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan
makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda
terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih
banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke
paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan
kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.
AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum
makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui
otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid
HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.
MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI
Air kosong mengurangkan selera makan anda
secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum
air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
ELAKMINUM MINUMAN BERKARBONAT
Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8
sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan
penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung
sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan
pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil
sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang
mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras
gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
MAKAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan
jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan
menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil
sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
MAKAN DENGAN KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit
daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
CUCI MULUT
Jika anda terasa ingin makan snek atau
makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint
atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
PILIH MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi,
didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan
penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG
Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam
Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin
banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit
lemak.
DIARI PEMAKANAN
Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan
boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam
sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang
memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh
membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat
catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki
tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan
anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari
makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
UTAMAKAN KESIHATAN
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang
apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal
sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa
yang boleh menyihatkan tubuh badan.
CARA
MASAKAN
Cara memasak
paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan
sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak
haiwan.
PILIHAN
PERKAKAS
Ketika
memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil
sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir,
lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan
lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil
menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan
yang anda habiskan!
TABIAT
BERBELANJA
Khusus bagi
kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan
sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai
buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali
jika memang benar-benar memerlukannya.
KURANGKAN
GULA
Kurangkan
pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
AKTIVITI
SAMPINGAN
Selain
memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan
akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25
langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki
tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda
baru saja terisi.
Untuk
mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih
efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop.
Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau
hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
Beberapa
aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan
cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan
sihat
ii. Gunakan
tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa
tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang
adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam
atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang
basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat
mencantik dan merampingkan peha.
No comments:
Post a Comment