PETUA MENGURANGKAN KESAN
KULIT TERKENA AIR / MINYAK PANAS
LIDAH BUAYA
Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan
sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah
ditumbuk lumat.
KAPUR SIRIH
Oleskan kapur sirih pada bahagian yang
melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa
selesa tanpa meninggalkan parut.
TEPEK KOPI
Tepek kopi serta merta pada bahagian yang
berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan.
Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.
GETAH PELEPAH PISANG
Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian
yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.
TELUR
Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan
telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan
lagi.
SABUN MANDI
Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan
dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.
UBAT GIGI
Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada
bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran
selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi
tidak mengelembung dan berair.
No comments:
Post a Comment