Monday, December 4, 2017

PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT


JERAWAT
Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)

Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan

PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT

BERAS
Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.

LIMAU NIPIS
Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.


ASAM GELUGUR

Rendam beberapa keping asam gelugur (dikenali juga sebagai asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

No comments:

Post a Comment