Monday, December 4, 2017

PETUA MENGELAKKAN MULUT BERBAU

MULUT BERBAU
Halitosis, juga dirujuk sebagai "penyakit nafas berbau", merupakan suatu keadaan di mana terdapatya bau yang tidak menyenangkan dari nafas seseorang. Ia lazimnya terjadi akibat aktiviti tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut. Halitosis dianggarkan menjadi sebab ketiga terkerap orang mendapatkan bantuan pergigian, mengikuti karies gigi dan penyakit periodontium


PETUA MENGELAKKAN MULUT BERBAU


HALIA

Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.

Amalakan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.

MEMBERSIHKAN LIDAH

Terlalu fokus di bahagian mulut dan gigi, lidah jangan dilupakan. Kerana anda juga harus membersih di bahagian lidah untuk membunuh bakteria biofilm. Bahagian atas lidah adalah bahagian utama yang membantu mendatangkan bau kurang selesa mulut anda. Rekahan lidah membantu bakteria untuk bersembunyi. Jadi pergi dapatkan tongue cleaner untuk membersih bukan sahaja di bahagian mulut dan gigi, malahan juga lidah.


AIR PUTIH

Air putih mempunyai 1001 kelebihan. Sebenarnya air putih membantu untuk membunuh bakteria jahat yang membuatkan nafas atau mulut anda berbau. Amalkan pengambilan air putih sekurangnya 2 liter sehari. Dengan basahan mulut anda yang kerap, akan melemahkan bakteria untuk hidup selesa di dalam mulut anda. Jadi tiadalah bau nafas!


BERHENTI MEROKOK

Agar seseorang dapat berhenti merokok 100 % memang sulit, bahkan sangat-sangat sulit sekali. Akan tetapi jika kamu tak ingin dijauhi oleh orang disekitar karena bau napas, motivasilah diri sendiri untuk mulai mengurangi rokok sampai nantinya berhenti total.


Bila kamu butuh sedikit bantuan untuk bisa move on dari rokok, belilah nikotin tempel di apotik terdekat. Itu terbukti cukup efektif untuk membantu seseorang mengurangi kecanduan rokok.

No comments:

Post a Comment