Tuesday, December 5, 2017

PETUA MENGHITAMKAN RAMBUT


DAUN KARI
Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.


Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

PETUA MENGHITAMKAN RAMBUT DENGAN DAUN KARI


1) Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.

2) Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.

3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

4) Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment