Sunday, December 3, 2017

PETUA MENGILATKAN KUALI

PERIUK
Periuk merupakan sejenis perkakas dapur yang digunakan untuk merebus, menggoreng dan mengukus. Biasanya ia diperbuat daripada logam atau tanah liat. Ia adalah alatan penting untuk memasak. Periuk mempunyai banyak jenis iaitu, kuali, periuk nasi, periuk tekanan, periuk tanah dan sebagainya.


PETUA MENGILATKAN KUALI



KERTAS PASIR

Gosok bahagian kuali atau periuk yang hitam dengan kertas pasir halus. Kemudian cuci dan sental dengan berus dawai kasar diikuti berus dawai halus bersama sabun cap kapak atau sabun mandi. Bilas dengan air bersih. Hasilnya kuali atau periuk anda akan bersih tanpa jelaga dan berkilat.


GARAM

Bahan yang paling mudah didapati di dapur anda adalah garam. Caranya sangat senang. Cuma panaskan air dalam periuk tadi dan masukkan sedikit garam. Kemudian, sentalkan dengan sudip sambil mengikis periuk tadi.


LEMON

Lemon juga terkenal sebagai bahan pencuci yang bagus.Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.


BUAH KENTANG

Pertama, gunakan sebagai skrub dengan menaburkan sedikit garam seperti dalam gambar di atas. Cara ini biasanya berkesan untuk karat periuk akibat telah lama tak dipakai. Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak.

Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.











No comments:

Post a Comment