Minyak masak tidak boleh 'recyle'? Memang tak digalakkan penggunaan minyak yang sama untuk berulang kali. Namun, setakat untuk penggunaan 2, 3 kali tiada salahnya. Bagi menjadikan minyak masak kembali bersih dan tidak kehitaman, ternyata ada petuanya.
1. Ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang mahu digoreng.
2. Goreng bahan tadi bersama asam gelugur sehingga minyak tampak 'bersih' dan keluarkan asam gelugur.
3. Dengan cara ini, anda masih boleh menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng untuk kali berikutnya.
CARA KEDUA
1. Selepas selesai menggoreng dan anda nampak minyak gorengan kehitaman, segeralah taburkan garam halus.
2. Tidak perlu banyak, cukur sekadar 1-2 cubit garam halus dan taburkan di permukaan minyak.
3. Minyak akan bersih sedikit dan masih boleh digunakan untuk menggoreng selepas itu.
CARA KETIGA
1. Jika mahu menggunakan halia, hiriskan ia nipis-nipis.
2. Panaskan minyak dan goreng halia sehingga ia mengecut.
3. Kemudian keluarkan halia itu dan anda boleh menggoreng untuk kali berikutnya.
No comments:
Post a Comment