Saturday, September 14, 2019

PETUA MEMBUAT KEK

MEMBUAT KEK
1.Pilih bahan yang baru dan bermutu.

2. Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega.

3. Siapkan loyang dan dialas dengan kertas roti, sapukan dengan nipis dan rata dengan
marjerin.

4. Taburkan dengan tepung gandum.

5. Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer pada kadar sederhana hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak.

6. Tambahkan telur satu persatu ke dalam aduanan sambil mengacau selama 3-4 minit untuk setiap butir telur.

7. Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4 minit untuk setiap butir telur.

8. Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung.

9. Kacau adunan dengan gerakan searah dan ringan dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang cantik.

10. Panaskan oven 5 minit sebelum memasukkan kek.

11. Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan sehingga masak.

12. Hias kek agar Nampak lebih menarik dan menyelerakan.

13. Manfaatkan kacang-kacang seperti almond dan sebagainya. Sebelum menghias, sejukkan kek terlebih dahulu hingga suhunya sama dengan suhu bilik.

KEK TAHAN LAMA
Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/powder. Ia adalah bahan pengawet yg membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould. Untuk mencari pembekal antimould secara on-line, taip jenisnya dan lihatlah senarainya. Pembekal di Australia/US dan lain-lain tidak memberikan perkhidmatan untuk kawasan Asia Tenggara.

SWISS ROLL TIDAK PATAH
Bila membuat Swiss Roll, perhatikan:

1. Adunan mestikan dipukul hingga gebu dan ringan

2. Tin pembakar mesti mengikut ukuran tepat

3. Jangan bakar terlalu lama (kek akan keras patah bila digulung)

Potong keliling yg keras supaya mudah menggulung

BUTTERCREAM
Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair. Anggaran lemak sayuran, 100 gm,

manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300-340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi

Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aising.

No comments:

Post a Comment