Sunday, October 18, 2020

PETUA DAPUR ANDA

Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritm.

Suri rumah setiap hari rutin harian suda sememestinya duduk di dapur, Sepanjang anda jadi suri rumah adakah petia petua yang anda amalkan? berikut adalah petua yang saya kongsikan untuk anda :


SENDUK KAYU ELAK SANTAN PECAH MINYAK

Bagi anda yang suka menggunakan santan dalam masakan pasti pernah mengalami pengalaman dimana santan yang anda masak pecah minyak dah berketul di permukaan masakan anda. Ini sekaligus memberikan kesan kepada masakan yang akan kelihatan tidak menarik. Percaya atau tidak, dengan meletakkan senduk kayu di dalam periuk dalam keadaan api yang perlahan, ini dapat mengelakkan daripada santan anda pecah minyak.

 

NASI MENGEKALKANKELEMBUTAN CEKODOK

Ramai yang tidak tahu bahawa dengan meletakkan segengam nasi didalam bancuhan tepung dapat membantu melembutkan cekodok anda. Caranya mudah! Ambil segenggam nasi yang sudah dimasak, kisarkan nasi tersebut dengan sedikit air dan campurkan dengan tepung bancuhan cekodok anda dan goreng seperti biasa. Ini dapat mengelakkan cekodok anda menjadi liat dan dapat mengekalkan kelembutan cekodok walaupun sudah lama digoreng.


GULA MENGEKALKAN WARNA HIJAU SAYUR

Sayur yang dimasak terlalu lama akan menjadi layu dan akan berubah warna seakan gelap. Ini akan menjejaskan rupa persembahan masakan sayur anda sekiranya anda ingin menyajikan kepada orang luar atau anda di dalam pertandingan memasak. Jadi untuk mengekalkan warna hijau sayur, laman rasa mencadangkan anda memasukkan sedikit gula di dalam setiap masakan hijau seperti sawi, bayam, kailan dan sebagainya.

 

LADA KERING MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI

Memasak nasi kadangkala menjadi agak mencabar kerana perlu mengambil kira aspek paras air untuk mengelakkan nasi daripada mentah mahupun terlebih masak. Antara petua dari orang dulu adalah mengukur paras air menggunakan jari kelingking untuk memastikan nasi di masak dengan sempurna. Tetapi ada ketikanya nasi terlebih masak sehinggakan mengeluarkan bau hangit. Untuk menghilangkanya, letakkan dua atau tiga tangkal lada kering kedalam periuk dan panaskan seketika dalam dua minit. Pasti setelah anda membuka periuk, bau nasi yang hangit sudah tiada.

 

ASAM GELUGOR ELAK GATAL BATANG SAYUR KELADI

Batang sayur keladi mempunyai peminatnya sendiri. Ada yang mencampurkannya bersama ikan untuk dijadikan asam pedas, ada yang memasak asam sayur keladi dan ada yang menjadikan batang sayur keladi sebahagian daripada masakan dalam masakan gulai udang mereka. Yang pasti sayur keladi tidaklah asing lagi dalam kalangan kita.

Sekiranya batang sayur keladi ini tidak diproses dengan sebetulnya, ia akan menyebabkan kegatalan lidah pada si pemakan. Untuk mengelak daripada lidah menjadi gatal, masukkan batang keladi yang dicuci bersih kedalam air panas yang berisi beberapa keping asam gelugor dan toskan airnya setelah beberapa minit.

 

CUKA MEMBANTU MENGEMPUKKAN DAGING

Antara perkara yang dirisaukan tukang masak adalah memasak daging sehingga empuk. Bukan sahaja mengambil masa yang lama, kadangkala daging yang direbus ini akan menjadi lebih liat sehingga sukar untuk dimakan. Jadi untuk memudahkan daging menjadi empuk dalam masa singkat, halaman rasa mencadangkan menggunakan cuka masakan yang dimasukkan sedikit kedalam periuk yang merebus daging. Ini membolehkan daging yang direbus menjadi empuk dalam masa yang singkat.


No comments:

Post a Comment