Saturday, October 17, 2020

PETUA HILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK

Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm. Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti lalat kecil. Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England nyamuk dikenali sebagai ( gnats ).

Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians )) untuk menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protein untuk pembentukan telur dan oleh sebab diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protein, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protein yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah. Agak pelik nyamuk betina daripada satu genus, Toxorhynchites, tidak pernah menghisap darah. Larva nyamuk besar ini merupakan pemangsa kepada jentik-jentik nyamuk yang lain. 


PETUA HILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK

  • KAPUR MAKAN- Petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan bintik gigitan nyamuk ialah dengan menyapu secalit kapur makan (nipis je) pada tempat gigitan tu dan gosokkan sedikit.
  • MINYAK BIO OIL - Ada juga yang menggunakan minyak keluaran Bio Oil, kerana ia dikatakan berkesan untuk menghilangkan parut yang disebabkan apapun. Ianya juga mudah didapati di farmasi dan quardian.
  • GARAM DAN AIR - Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.
  • MADU (TERBAIK) - Untuk bayi bagus sapukan madu
  • KULIT PISANG (bahagian sebelah dalam)- Gosok dengan kulit pisang (bahagian sebelah dalam).
  • Sapu dengan cuka epal.
  • LEMON - Gosok dengan hirisan lemon.
  • PES BAKING SODA - Sapu dengan pes baking soda (pes dibuat dengan mencampurkan serbuk baking soda dengan air).
  • MINYAK LAVENDER DAN MINYAK TEA TREE. - Sapu dengan minyak lavender dan minyak tea tree.
  • BAWANG BESAR - Gosok dengan hirisan bawang besar untuk menghilangkan sakit gigitan serangga.

No comments:

Post a Comment