Saturday, October 17, 2020

PETUA HILANGKAN BENGKAK AKIBAT PATAH ATAU RETAK

Fraktur tulang, patah tulang, atau retak tulang ialah keadaan perubatan yang melibatkan terdapat kepatahan pada kesinambungan tulang. Fraktur tulang boleh disebabkan oleh hentaman atau stres daya tinggi, atau kecederaan remeh disebabkan oleh keadaan perubatan tertentu yang melemahkan tulang, seperti osteoporosis, barah tulang, osteogenesis tidak sempurna, yang melibatkan fraktur kemudian diistilahi fraktur patologi sebetulnya.

Berikut merupakan petua untuk menghilangkan bengkak akibat patah atau retak tulang dan bahan bahan yang diperlukan seperti berikut :

  • 2 batang serai
  • Telur putih
  • Sehelai daun tembaga suasa
  • Kain Pembalut


PROSES PENYEDIAAN

  • Tumbuk serai sehingga lumat
  • Masukkan putih telur. Jangan sampai berair, agak-agak sesuai dengan serai. 
  • Balut bersama dengan daun tembaga suasa 
  • Akhir sekali sudahkan balutan dengan kain pembalut, ikat agar serai tak beralih tempat. Pakai sebelum tidur  selama 3 malam berturut-turut, pagi esok boleh dibasuh.
  • Elakkan terus mengurut kawasan yang bengkak. Mengurut tempat bengkak adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48 - 72 jam bengkak berlaku.

No comments:

Post a Comment