Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.
GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi.
Caranya,campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.
No comments:
Post a Comment