Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.
PETUA MENURUNKAN BERAT BADAN
Kita sering kali berasa rendah diri dan malu dengan keadaan badan kita yang gempal atau obersiti. Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menggunakan ubat ubatan yang ada dalam pasaran, tetapi berat badan masih dalam keadaan tidak pandai turun turun. Sehubungan itu saya sarankan bagi mereka yang dalam keadaan ini, cubalah untuk mengamalkan petua tradisional ini. Lagi selamat dan tidak menggunakan bahan bahan yang terlarang. Petua yang dimaksudkan ialah dengan mengamalkan minuman perahan air limau nipis. Caranya ialah :
- Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari,
- setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk,
- Masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
- Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
Semoga bermanfaat dan kongsi kongsikan pada rakan rakan dan sahabat andai.tq
No comments:
Post a Comment