Monday, April 29, 2019

PETUA SUPAYA KENTANG / UBI TAHAN LAMA

1. Jangan basuh kentang jika belum hendak digunakan lagi. Pembiakan bakteria akan lebih cepat berlaku apabila kentang berair dan lembap. Kesannya, kentang akan cepat membusuk dan lembik.

2. Asingkan kentang dengan bawang merah dan bawang putih. Letakkan kentang dan bawang ke dalam bekas yang berlainan.

3. Tempatkan kentang pada suhu bilik dan elakkan daripada terkena sinaran cahaya matahari.

4. Jangan biarkan kentang terperap dalam guni ataupun plastik selepas membeli, segera keluarkan kentang dan letakkan ke dalam bekas ataupun penapis.

No comments:

Post a Comment