Monday, October 11, 2021

KHASIAT BUAH EPAL HIJAU UNTUK KESIHATAN

Epal (Jawi: ‏ايڤل‎‎), apel (Jawi: اڤل),tufah atau topoh (Jawi: تفاح‎; nama saintifik: Malus domestica) merupakan sejenis tanaman saka berbuah pom dalam genus Malus dalam keluarga mawar (Rosaceae), dan juga antara tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia.

Pokok buah ini bertaburan asal dari Asia Barat, di mana leluhur liarnya masih ditemui. Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Kultivar epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah dari penanti yang sama.


Buah epal mempunyai khasiat untuk kesihatan manusia. Mengamlakan salah satu pemakanan berasaskan buah epal akan memberi manfaat kesihatan seperti berikut:


1. Mengurangkan Risiko Barah Kolon, prostat

Mengikut kajian, epal boleh mengurangkan risiko barah kolon, barah prostat dan barah paru-paru.Berbanding dengan buah-buahan yang lain dan sayur-sayuran, epal mengandungi jumlah vitamin C yang tidak seberapa, tetapi kaya dengan sebatian antioksidan yang lain.Biarpun tidak sebanyak buah-buahan lain, namun kandungan serabut dalam epal membantu mengawal pergerakan usus secara lembut dan sihat, maka ia dapat mengurangkan risiko barah kolon. Serat epal juga membendung penyakit jantung,mengawal berat badan dan tahap kolesterol,kerana buah epal tiada kolesterol dan ada serat yang mengurangkan kolesterol dengan mencegah penyerapan semula.

 

2. Mencegah Penyakit Barah

Terbukti bahawa bahawa epal yang dibiakkan secara in vitro memiliki sebatian fenol yang boleh mencegah barah serta menunjukkan aktiviti antioksidan. Fitokimia fenol yang utama dalam epal adalah kuersetin, epikatekin, dan prosianidin  Namun demikian, benih epal adalah sedikit beracun kerana mengandungi sedikit amigdalin, sejenis glikosida sianogen; meskipun boleh menghindarkan burung, namun tidak cukup berbahaya kepada manusia.

 

3. Mengekalkan Tahap Kolestrol

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Iowa, Amerika Syarikat, kulit epal yang mengandungi asid ursolik mampu membantu mengekalkan tahap kolestrol dan gula dalam darah pada peringkat terkawal. Selain itu, apabila tindak balas antara asid ursolik dengan hormon tubuh badan ternyata ia mampu mengekang sedikit demi sedikit penyusutan otot akibat proses penuaan.

4. Boleh mengempiskan perut

Jus epal
Epal dikatakan mampu mengempiskan perut dengan mengamalkan meminum dengan campuran serai. Meminum air epal ini juga perlu konsisten dan kerap. Menu bagi menghasilkan air Epal adalah seperto berikut :

BAHAN-BAHANNYA :

  • 3 biji epal hijau
  • 5 batang serai diketuk
  • 1.5 liter air 

 CARA-CARANYA :

  • Epal tu dipotong 6 (macam biasa kita makan tu).
  • Serai 5 batang diketuk.
  • Masukkan 1.5 liter air dalam periuk.
  • Masak sehingga epal lembik. Siap.
  • Minum ketika suam-suam.

No comments:

Post a Comment