Sunday, September 24, 2017

BIASALAH,JIKA KENA MARAH DENGAN ISTERI



BIASALAH,JIKA KENA MARAH DENGAN ISTERI.

Seorang lelaki datang ke rumah Saiyidina Umar Khattab untuk mengadu tentang isterinya.Dia duduk menunggu diluar pintu rumah Umar.

Kebetulan lelaki ini mendengar isteri Umar memarahinya,sedangkan Umar hanya diam dan tidak membalas. Lalu lelaki ini mengambil keputusan membatalkan niatnya untuk mengadu kpd Umar tentang isterinya.
Dia terfikir,jika Umar yg juga Amirul Mukminin  pun sedemikian, apa lagi dirinya.

Umar yg ketika itu keluar dan ternampak lelaki itu nak meninggalkan rumahnya,segera memanggilnya dan bertanya tujuannya datang.Kata lelaki itu
”Wahai Amirul Mu’minin, sebenarnya aku datang untuk mengadukan perilaku isteriku dan sikapnya kepadaku, tapi aku mendengar hal yang sama pada isteri tuan.”

Umar menjawab”Wahai saudaraku, aku tetap sabar menghadapi perbuatannya, karena itu memang kewajibanku. Isterikulah yang memasak makanan, membuatkan roti, mencucikan pakaian, dan menyusui anakku, padahal semua itu bukanlah kewajibannya,” .
”Di samping itu,” sambung Umar, ”Hatiku merasa tenang kerana jasanya, kerana itulah aku tetap sabar atas perbuatan isteriku.”

”Wahai Amirul Mu’minin, istriku juga demikian,” ujar orang laki-laki itu.
”Oleh karena itu, sabarlah wahai saudaraku. Ini hanya sebentar!”Pesan Umar.

Saya memilih kisah ini untuk dijadikan teladan kerana rasanya kebanyakan kita mengalaminya, terutama bila dah beralih usia.Tak boleh silap sedikit,kata yg terbit menghiris rasa,nadanya tinggi, tiada kelembutan dan kekadang menjadi leteran.Zaman beryang-yang,ling--ling sudah pergi dimamah usia bersama bertambah usia bersama dlm satu rumahtangga.
Maka untuk para suami,sabarlah dan berdiam diri itu lebih baik dari membalas apa yg dikata oleh isteri. Jika tidak tahan,tinggalkan seketika, kenangilah jasa dan pengorbanan isteri yg menghamba diri kpd kita dg tugas yg tidak terbuat oleh diri kita. Membalas kemarahan dg kemarahan ibarat memadam api dg minyak.Telanlah semua kata dan leteran,jadikan ia bagai angin lalu yg kekadang juga menghiburkan bila telah terbiasa.Percayalah,suatu hari,kita akan merindui leteran isteri kita bila dia telah tiada dan terasa sunyi pula.

Kepada suami yg sebaliknya suka memarahi isteri,anda ibarat bertabiat luarbiasa,tidak mengenang jasa.Gunalah kaedah yg baik untuk menegur dan membetulkan,kaedah marah bukanlah cara untuk membetul atau menyelesai sesuatu masalah.

Kisah ini juga memperingat para isteri bahawa memarahi suami itu tak baik,ia sesuatu yg merisaukan,ia kelaziman yg kena diatasi dg kesabaran dan sikap menegur dg lembut,memperingat walau berulangkali.Jangan tersilap sikit,sudah nenyinga.Jika suami diam tidak menjawab,jangan pula awak tambah leterannya.Berlapang dadalah kerana setiap manusia ada lemahnya.Terimalah kekurangan suami sebagai anugerah tuhan kpd kita untuk kita bersabar.Setiap isteri telah menggalas pengorbanan yg besar,janganlah dicacatkan dg kurangnya kesabaran,bertambahnya sifat pemarah,dan tabiat berleter.

Antara suami dan isteri,sebaiknya  memilih untuk mengalah salah seorang untuk seketika bila dipersimpangan.Ambillah kisah Saiyidina Umar ini untuk difikir, dimuhasabah,jika seorang Amirul Mukminin pun dimarahi isterinya, siapalah kita.Namun jika anda seorang isteri,dan tidak sewenangnya memarahi suami,anda isteri yg hebat,yg lebih baik dari isteri-isteri dlm kisahnya.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment