Sunday, September 24, 2017

PELUKLAH ISTERIMU DISAAT DIA MENANGIS...

PELUKLAH ISTERIMU DISAAT DIA MENANGIS...

Apabila isteri menangis di hadapanmu, tak peduli apapun sebabnya, peluklah dia, biarpun dia menolak, tetap peluk dia dengan erat. Menangis di atas meja selamanya tidak akan pernah rasa lebih selesa dan damai selain menangis dalam pelukanmu!

Apabila isteri mengatakan tentang kesalahanmu, tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, itu semua kerana dia peduli padamu!

Apabila isteri sedang susah hati dan mengabaikanmu, jangan ikutinya tidak peduli, ini adalah masa untuk kamu melayannya dengan baik. Buang ego kamu wahai suami.

Apabila isteri tidak mahu bercakap dan memalingkan tubuhnya meninggalkanmu, kejarlah dia. Jika betul kamu sungguh mencintainya, adakah kamu rela meninggalkannya sendirian?

Apabila isteri berkata, “Kamu pergi saja, aku tidak mahu bercakap denganmu.” Jangan percaya begitu saja, mungkin itu hanya di bibir saja, sedang dalam hatinya tidak bermaksud demikian. Sebenarnya itu adalah saat di mana dia paling memerlukanmu!

Apabila isteri marah, hatinya dalam keadaan tidak tenang dan tidak mahu makan, jangan bertanya mahu makan apa, dia pasti berkata tidak mahu makan. Belilah makanan kesukaannya, tunggu saat hatinya sejuk sikit dan hulurkan makanan padanya. Jangan memberikan ugutan bahawa kamu juga tidak mahu makan!

Hargailah isterimu, tidak perlu berfikir terlalu rumit, apa yang wanita mahu selalu sederhana selamanya!

Kadang-kadang, berkompromi bukanlah bererti mengaku kalah, itu adalah suatu sikap memahami!
Memaafkan bukan bererti lemah, melainkan sebuah kelembutan dan menghargai!


SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan

No comments:

Post a Comment