*TERPEDAYA DENGAN AMAL KEBAIKAN*
Suatu hari, ada 4 orang yang tengah berbicara
tentang amal ibadah mereka dan kejayaan yang telah mereka perolehi selama ini.
Orang 1
“Alhamdulillah sejak solat Dhuha, rezeki menjadi lancar, bisnes
berjaya dan tak lama lagi anak saya dapat belajar di Universiti luar negara.”
Orang 2
“Bukan main hebat sekali, sejak naik haji dan
umrah, ibadahku semakin rajin. Alhamdulillah, anak juga berjaya, rumah harganya
jutaan, aset bertambah orang tua juga sangat bangga berkat do’a saya.”
Orang 3
“Masya Allah sungguh nikmat tak terkira sejak
rajin puasa dan bersedekah, rezeki bagaikan sungai mengalir yang tidak ada
putus-putusnya. Anak baru tamat kuliah di luar negara dan sebentar lagi akan
menjadi staf menteri.”
Ketiga orang tersebut kemudian melirik orang
ke 4 yang sejak tadi hanya terdiam.
Salah satu dari mereka kemudian bertanya
kepada orang ke 4.
Bagaimana dengan dirimu? Kawan mengapa engkau
diam saja?
Orang 4
“Saya tidak sehebat kalian, jangankan
kejayaan, bahkan saya tidak tahu ibadah yang saya lakukan di terima atau tidak
oleh Allah SWT. Saya tahu ibadah di terima dan berjaya setelah saya meninggal
nanti. Jadi saya merasa belum boleh menceritakan ibadah yang saya lakukan dan
balasan yang Allah berikan kepada saya.”
Begitulah…Jangan bersandar kepada amal.
Jangan terpedaya dan berbangga dengan amal yg banyak. Ini akan melahirkan
kepuasan, kebanggaan dan akhlak buruk kepada Allah Ta’ala.
Orang yang melakukan amal ibadah tidak tahu
apakah amalnya di terima atau tidak, mereka tidak tahu betapa besar dosa dan
maksiatnya, juga mereka tidak tahu apakah amalnya bernilai keikhlasan atau
tidak.
Oleh kerana itu, mereka di anjurkan untuk
meminta rahmat Allah dan selalu beristighfar. Kerana Allah Maha Pengampun dan
Maha Penyayang.
Di riwayatkan dari Abu Hurairah:
“Sesungguhnya amal seseorang tidak akan
memasukannya ke dalam syurga.”
Mereka bertanya:
“Tidak pula engkau Ya Rasullullah?”
Beliau menjawab:
“Tidak pula saya. Hanya saja Allah meliputiku
dengan kurnia dan rahmat-Nya. Kerananya berlakulah benar (beramal sesuai
sunnah) dan berlakulah sedang (tidak berlebihan dalam ibadah dan atau lemah).”
_(HR. Bukhari & Muslim)_
Sesungguhnya seseorang tidak akan masuk
syurga kecuali dengan rahmat Allah.
Dan di antara rahmat-NYA adalah dia
memberikan taufik untuk beramal dan hidayah untuk taat kepada-NYA. Kerananya,
kita wajib bersyukur kepada Allah dan merendah diri kepada-NYA. Tidak layak
hamba bersandar kepada amalnya.
Robbana Taqobbal Minna…
Ya Allah terimalah amalan kami. Aamiin.
Sumber: fatehteam.com
SILA SHARE DAN SEBARKAN
Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen
No comments:
Post a Comment