Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri
rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk
disedekahkan?
Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada
yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku
tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk
bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah
istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."
Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri
kita. Dan solusinya?
Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala
begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap
pintu kebaikan adalah sedekah.
BERIKUT CONTOH-CONTOHNYA:
Sedekah itu beraneka ragam:
1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.
2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.
3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan
mencegah yang buruk) adalah sedekah.
4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari,
bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang
anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.
5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada
sesama kaum muslimat adalah sedekah.
6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.
7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun
sedekah.
8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan
orang dijalan, itupun sedekah.
9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun
sedekah.
10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan
yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.
11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau
manusia, itupun sedekah.
12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun
sedekah.
13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam
ataupun bkn Islam, itupun sedekah.
14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara
mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.
15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah
sedekah.
Milik Allah lah segala puji dan kurnia.
KAEDAH PENTING:
Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari
siapapun...
Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang
tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat,
kemudian yang terdekat.
Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan
api".
Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan
izin Allah.
Aamiin Ya Robbal 'Alamin.... (mengirimkan/menyebarkan
artikel ini juga adalah sedekah).
Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment