Sunday, September 24, 2017

PERINGATAN HIDUP MANUSIA

*Baca lah nii...mmg bagus sebagai peringatan buat kita*

💑
Kalau anak² sudah berkeluarga dan meninggalkan kita ,  *giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri.*

🎅👳
1. *Bila kita tua* ...
Lebih dekatkan diri kepada ALLAH dan luangkan waktu bersama pasangan kita kerana salah seorang dari kita akan pergi terlebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.

👳🎅
2. *Bila kita tua* ...
Akan tiba masanya mahu berjalan ke pintu saja susah, selagi masih berkemampuan, jalan²lah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran ALLAH, untuk mengagumi keindahan ciptaan NYA.

🎅👳🙌
3. *Bila kita tua* ...
Jangan susahkan  diri *memikirkan anak² secara berlebihan*. Mereka akan mampu berusaha sendiri.

🎅👳
4. *Bila kita tua* ...
Adakan pertemuan- pertemuan dengan keluarga besar jangan hanya pada saat ada yang sakit atau meninggal baru berkumpul dan luangkan waktu utk bersama rakan² lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari masa ke semasa.

🎅👴
5. *Bila kita tua* ...
Terimalah penyakit seadanya kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu : lahir bayi, kanak², dewasa, tua, sakit dan mati.

👆👵🙎👰
*Nasihat bijak* ...
"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yg seperti duit logam : *depan lain belakang lain*...


🙏🙏🙏

No comments:

Post a Comment