Sunday, September 24, 2017

KELEBIHAN HALBA

 Sebelum tidur jom minum air halba
Walaupun halba ni murah
Tapi kelebihannya mengalahkan EMAS....

HALBA

Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punja


KELEBIHAN HALBA

Rasulullah saw bersabda:

Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas.

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad Bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad Bin ABu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda:

'Gunakanlah Halba sebagai ubat' (Qamus Al-Tibb)

Kegunaan Halba:

1. Diminum sebagai teh untuk:
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Sengugut
- Meransang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan merokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yg baliqh
- Kecergasan
- Kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air 

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambah nafsu 👨 dan  👩

6. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.

7. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.


Halba merupakan antara ubatan yg tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad iaitu bapa perubatan Yunani.

No comments:

Post a Comment