Sunday, September 24, 2017

Pengetahuan tentang Geran Tanah

Pengetahuan tentang Geran Tanah

Bukan sengaja tapi memang masih ramai lagi dari kalangan anak muda atau generasi baru yang masih tidak mengerti istilah-istilah yang biasa diguna pakai berkaitan dengan geran tanah. Saya sendiri pada mulanya agak keliru juga dengan istilah tapi sekarang tidak lagi. Maka saya gembira kalau dapat kongsikan pengetahuan asas ini kepada mereka yang masih tidak tahu.

Tentang Title Geran tanah:

NT = Native Title
FR = Field Register
TL = Town Lease
CL = Country Lease
PL = Provisional Lease

Manakala beza diantara Freehold dan Leasehold adalah seperti di bawah:

Freehold / pegangan kekal
• Native Titles (N.T.)
• Field Registers (F.R.)

Leasehold / Pegangan pajakan
• Town Lease (T.L.)
• Country Lease (C.L.)
• Provisional Lease (P.L.)

Kalau tiba suatu hari nanti kita ada keinginan mahu membeli sebidang tanah  sekurang-kurangnya kita tidak rasa terlalu asing lagi dengan istilah-istilah ini. Tambah sikit-sikit pengetahuan, lama-lama jadi  pandai.

http://myukur.blogspot.my/2012/08/istilah-geran-tanah.html?m=1

Terdapat 3 jenis hak milikan tanah  iaitu :

1)    Tanah Hak Milik Kekal
a.    Status pegangan adalah untuk selama-lamanya tanpa sebarang had masa.  Kadar kenaikan harganya tinggi dan merupakan satu pelaburan yang baik untuk jangka panjang.  Urusan niaga tanah hak milik kekal adalah mudah kerana tidak perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri.

b.    Bagi menjamin hak dan keistimewaan kaum Bumiputera di Malaysia, sesetengah tanah hak milik kekal ada sekatan pegangan contohnya Tanah Rizab Melayu/ Bumiputera yang hanya boleh dimiliki atau dijual kepada kaum Bumiputera sahaja.

c.    Tanah hak milik kekal tanpa sekatan pegangan (freehold) merupakan tanah yang paling berharga.  Tanah ini boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bukan Bumiputera atau disebaliknya.

2)    Tanah Hak milik Pajakan (Leasehold)
a.    Merupakan tanah yang diberi pajakan oleh pihak berkuasa negeri untuk tempoh tertentu biasanya 99 tahun.  Anda hanya memajak tanah tersebut dalam tempoh tertentu (99 tahun) dan bermakna anda bukanlah pemilik yang mutlak.

b.    Apabila tamat tempoh pajakan, tanah anda akan diambil semula tanpa pampasan.  Anda boleh menyambung atau memanjangkan tempoh pajakan kepada maksimum 99 tahun dengan membayar sejumlah premium kepada pihak kerajaan negeri.


c.    Urusan jual beli tanah pajakan perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa negeri dan menjadi bertambah sukar serta memakan masa yang lama.  Kenaikan harga tanah pajakan tidaklah setinggi tanah hak milik kekal (freehold).  Jika anda ingin membeli tanah pajakan, pastikan yang pajakannya perlu tidak kurang daripada 75 tahun dan terbaik melebehi 99 tahun.

No comments:

Post a Comment