Demam Denggi
merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus
Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah
melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang
yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik
Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi.
Virus Denggi
akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6
hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam
mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan
denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di
kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh
satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus,
famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya
perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh
pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada
manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
TANDA DAN
GEJALA
o Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala
teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias,
sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah -
break-bone fever) dan gatal-gatal.
o Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah
terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit,
ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.
o Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar
kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of
white in a sea of red).
o
Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut,
mual, muntah atau cirit-birit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang
otak (lebih kepada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot
jantung (cardiomyopathy).
o
Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari
dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola
biphasic).
o Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun
sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari
salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di
antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari
darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah
kepada renjatan dan risiko perdarahan.
RAWATAN
o
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk
mengekalkan makan, terutamanya minum air.
o
Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui
cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan
hemoconcentration teruk.
o
Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet
turun dengan banyaknya.
o Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu
bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.
o
Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air
mineral sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya
maksimum 16 gelas sehari.
No comments:
Post a Comment