Tangan ialah bahagian badan pada hujung lengan manusia dan haiwan
primat. Tangan merupakan organ utama yang digunakan untuk memanipulasi
persekitaran. Kebanyakan manusia mempunyai dua belah tangan, biasanya dengan
empat jari dan satu ibu jari. Bahagian dalam tangan dikenali sebagai telapak
tangan. Apabila semua jari digenggam erat, tangan membentuk penumbuk. Sambungan
antara jari dipanggil sendi.
KETAHUI RAHSIA TANDA-TANDA PENYAKIT
MENERUSI JARI DAN TELAPAK TANGAN ANDA
MENERUSI JARI DAN TELAPAK TANGAN ANDA
Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dari tubuh
manusia. Apa saja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Di
antara bahagian-bahagian tangan yang boleh menunjukkan keadaan suatu penyakit
yang berlaku pada manusia adalah telapak tangan bahagian atas, semua jari
(mulai dari kelingking hingga ibu jari), ruas-ruas jari bahagian atas dan kuku.
MASALAH KOLON (SEMBELIT)
Penyakit bersumber dari masalah usus besar (kolon) dan sembelit
merupakan masalah yang paling utama. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk
masalah sembelit dan permasalahan kolon adalah sebagai berikut :
o
Garis-garis ruas jari-jari pada telapak tangan berwarna
gelap, semakin gelap warnanya menunjukkan semakin teruk permasalahan
sembelitnya.
o
Garis-garis yang ada pada telapak tangan dan ruas seluruh
jari berwarna gelap, semakin gelap warnanya bermakna semakin teruk masalah
sembelitnya.
o
Terdapat bayangan kehitaman secara keseluruhan dari telapak
tangan, menandakan lebih kronik dari garis-garis berwarna gelap di ruas
jari-jari.
o
Apabila jari telunjuk dan jari tengah direntangkan terasa
sakit, ini menunjukkan adanya masalah sembelit.
o
Permasalahan usus besar lainnya dapat dilihat pada keadaan
ibu jari yang bengkok.
o
Jari telunjuk bengkok menandakan adanya permasalahan pada
usus besar.
MASALAH ANGIN
Masalah angin tak dapat dipisahkan dengan masalah sembelit.
Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah angin adalah terdapat bintik-bintik
putih di telapak tangan berwarna kemerah-merahan. Ada dua kemungkinan, jika
telapak tangan berwarna merah maka bintik-bintik berwarna putih dan sebaliknya
jika telapak tangan berwarna putih maka bintik-bintik berwarna merah. Hal ini
diakibatkan oleh gas yang berlebihan di dalam tubuh.
Kesan masalah angin kepada pesakit adalah rasa cepat marah dan
beremosi, darah keluar lebih kental bila dibekam, suara tinggi dan pandangan
tajam. Masalah angin ini ada hubung kait dengan masalah kolesterol.
MASALAH STRESS
Fikiran menguasai 50% kesihatan manusia. Dalam keadaan tertekan
(stress) yang berterusan tubuh akan mengeluarkan hormon steroid yang dapat
melemahkan sistem imuniti. Tanda-tanda di tangan pesakit stress adalah terdapat
urat-urat biru/hijau di pergelangan tangan, telapak tangan dan disepanjang
jari-jari serta sangat terlihat jelas di betis kaki.
Stress menyebabkan pesakit terlalu sedih, cepat marah atau
beremosi, tidak nyenyak tidur dan terasa migrain. Masalah stress ini ada
hubungannya dengan masalah jantung, paru-paru dan kekurangan vitamin C.
MASALAH JANTUNG
Masalah jantung berbeza dengan penyakit jantung. Masalah jantung
maksudnya adalah terdapat gangguan–gangguan pada organ jantung. Berlakunya
arteriklorosis (penyumbatan arteri) adalah disebabkan terjadinya keadaan stress
yang berpanjangan. Tanda-tanda di tangan pasien yang mengalami gangguan jantung
adalah sebagai berikut :
o
Jari kelingking yang bengkok menandakan adanya permasalahan
pada organ jantung.
o
Jari Tengah yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada
organ jantung.
o
Tapak tangan berpeluh atau lembab (tanpa sebarang aktiviti)
menandakan seseorang mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas
dan stress.
Kesan dari masalah jantung adalah dada kiri terasa sakit, kebas
pada jari-jari, rasa nyeri seperti di tusuk, mudah terperanjat, berdebar-debar,
sukar tidur. Masalah ini ada hubungannya dengan masalah kolesterol atau
tingginya kadar LDL (Low Density Lipoprotein) dalam tubuh.
MASALAH KOLESTEROL
Masalah kolesterol sangat berkait rapat dengan masalah jantung dan
kardiovaskular. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan
kolesterol ini adalah sebagai berikut :
o
Ruas hujung jari-jari berwarna lebih merah atau lebih gelap
dari ruas jari di bawahnya. semakin gelap warnanya menandakan kadar kolesterol
di tubuh makin tinggi.
o
Telapak tangan berwarna merah, kelihatan bengkak dan
terdapat urat berwarna biru.
o
Masalah kolesterol mengakibatkan pesakit mengalami masalah
emosi atau cepat marah. Masalah kolesterol berkait rapat dengan masalah
sembelit, masalah angin.
MASALAH ALERGI
Masalah Alergi atau Sinusitis hampir menimpa kebanyakan penduduk
Asia. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan masalah paru-paru (pernafasan) atau
asma. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ini adalah
terdapat urat-urat berwarna biru/kehijau-hijauan pada telapak tangan di
bahagian bawah ibu jari. Ibu Jari bahagian atas kempot, juga menandakan
berlakunya masalah sinusitis.
Masalah Alergi menyebabkan bersin-bersin terutama di waktu pagi,
rambut gugur, mata gatal-gatal, kaki kebas, cepat lelah, asma. Jika kondisi ini
berkepanjangan maka akan menimbulkan masalah keputihan bagi perempuan, atau
buasir bagi lelaki.
MASALAH KETIDAKSEIMBANGAN HORMON
Masalah ketidakseimbangan hormon atau inbalance hormon dapat
menyebabkan berlakunya masalah berkurangnya keinginan seks (tapi bukan
impotensi), masalah di rahim/peranakan. Masalah ini biasanya berlanjut pada
masalah Tiroid, Ovarium, Prostat, Uterus, Fibroid, Endrometris dan kanser
rahim.
Tanda-tanda di tangan yang mengalami masalah ketidakseimbangan
hormon adalah :
o
Telapak tangan berwarna pucat merah, terdapat urat berwarna
biru dan terlihat sangat jelas.
o
Telapak tangan licin, kesat dan kulit telapak tangan kering.
o
Terdapat bulan sabit terbalik hanya di kuku ibu jari
menandakan hormon dalam keadaan balance. Sebaliknya apabila bulan sabit
terbalik tersebut ada disemua kuku atau ada di kuku-kuku lain selain ibu jari,
maka menandakan terdapat masalah inbalance hormon.
o
Jari Kelingking kempot menandakan berkurangnya kemampuan
seks.
o
Ibu jari bengkok menandakan masalah kesuburan yang rendah.
MASALAH BUAH PINGGANG
Masalah buah pinggang yang banyak dialami adalah masalah
kebas-kebas di pinggang, kencing tidak lawas, menahan kencing, batu karang,
kencing tak keluar (edena), kencing darah dan sebagainya. Masalah Ginjal ada
kaitannya dengan masalah hati dan jantung. Perlu diketahui bahawa kerosakan
ginjal tidak melebihi 25% belum memberikan kesan sakit pada pesakit. Apabila
seorang ayah atau ibu telah mengalami masalah ginjal, maka berdasarkan
penelitian di Malaysia sekitar 60% anak yang dilahirkan akan mewarisi masalah
ginjal tersebut.
Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ginjal
ini adalah :
o
Ruas pertama dari seluruh jari –jari terlihat buncit/bengkak
air.
o
Ruas pertama jari telunjuk berkerut-kerut, menandakan kurang
air atau sering menahan air kencing, biasanya juga terlihat kelopak mata
berwarna hitam.
o
Terasa sakit di tiga jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan
jari tengah.
o
Hujung-hujung jari relatif tidak meruncing menandakan
seseorang mengalami masalah ginjal, untuk wanita biasanya letak rahim tidak
pada tempatnya.
o
Mata kaki bengkak atau mata bergelambir menandakan ada
masalah ginjal dan jantung.
o
Ruas hujung jari-jari bengkok ke dalam menandakan adanya
masalah batu karang/ginjal dan gout.
MASALAH-MASALAH LAINNYA
Selain tanda-tanda seperti yang diuraikan di atas, masih terdapat
tanda-tanda lain yang boleh di lihat di jari dan telapak tangan, diantaranya
adalah :
o
Apabila kuku bergelombang, bergaris-garis dan telapak tangan
keras serta terdapat benjolan, ini menandakan keracunan/toksid heavy metal
(logam berat).
o
Bawah mata dan telapak tangan kelihatan pucat, banyak
bintik-bintik putih dan urat berwarna biru tersebar merata menandakan seseorang
mengalami masalah tekanan darah rendah atau anemia. Kondisi ini juga dapat
dilihat jika kuku ditekan beberapa saat sampai berwarna putih dan perlu waktu
yang lama untuk kembali kekeadaan normal.
o
Adanya garisan di tepi perut ibu jari, terlihat berwarna
biru/hijau, ini menandakan adanya masalah tiroid atau masalah gastrik (angin
dalam usus). Simptomnya adalah jika letih, lapar dan terasa sakit di ulu hati.
o
Tanda kadar gula yang tinggi dapat dilihat di tapak
jari-jari di bawah kuku, semakin gelap warnanya maka semakin tinggi kadar
gulanya.
o
Kuku berwarna agak kemerah-merahan (pink) menunjukan
seseorang mudah bingung.
o
Kuku bergelombang menunjukan kelainan (gangguan) pada hati.
o
Kuku bergaris menunjukkan kelainan atau gangguan pada
ginjal.
No comments:
Post a Comment