Wednesday, November 1, 2017

SAKIT MATA DAN RAWATAN TIDAK MENGGUNAKAN UBAT


Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

Mata bermasalah akan merumitkan aktiviti harian kita. Berikut adalah cara rawatan sakit mata tanpa menggunakan ubatan.

BASAHKAN TUALA DAN TEKAP PADA MATA
Air sejuk mengurangkan bengkak dan memberi keselesaan pada mata yang sakit. Anda juga boleh sembur air sejuk pada muka.

LETAK AIS ATAU PEK BEKU
Selain air sejuk, boleh juga guna ais atau pek beku. Tekap pada mata dalam empat hingga lima minit.

KURANGKAN AKTIVITI YANG BOLEH JADI PUNCA SAKIT MATA
Angkat benda berat, sembelit dan aktiviti yang memberi tekanan pada kepala perlu dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan pada saraf mata.

KURANGKAN MASA PANDANG SKRIN TV, KOMPUTER DAN TELEFON
Terlalu lama memandang skrin boleh menyebabkan mata mudah sakit, menjadi merah dan gatal-gatal.

Ikut rule 20-20 iaitu 20 minit memandang skrin dan kemudian lakukan aktiviti lain dalam 20 minit baru sambung semula memandang skrin.

JARAKKAN SKRIN DARIPADA MATA
Orang tua selalu marah kalau kita duduk dekat sangat dengan TV kan? Ia memang relevan dan ada betulnya kerana ia menjadikan mata letih akibat memandang terlalu dekat.

Adjust skrin agar sama level dengan mata dari kejauhan antara 50 hingga 100 cm.

ELAK MEROKOK
Asap rokok dan merokok boleh menyebabkan mata mudah terkena pelbagai jangkitan seperti katarak, sindrom mata kering dan diabetic retinopathy.
Jadi, jika anda seorang perokok tegar, kurangkanlah merokok. Ia membawa pelbagai masalah lain kepada tubuh.

DAPATKAN TIDUR SECUKUPNYA

Mata juga menerima kesan jika badan letih akibat kurang tidur. Apabila badan mendapat rehat yang secukupnya, sel darah putih dapat menghapuskan pathogen yang membawa kemudaratan

No comments:

Post a Comment