Resdung merupakan
sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan
oleh jangkitan kuman.
Resedung ("Sinusitis")
boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah
struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh
jangkitan virus. Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih
daripada sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi
bertambah baik. Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma,
cystic fibrosis, dan fungsi imun yang lemah. X-ray biasanya tidak diperlukan
melainkan sekiranya komplikasi disyaki. Dalam kes-kes kronik, ujian pengesahan
adalah disyorkan sama ada melalui visualisasi langsung atau tomografi
berkomputer.
'Resdung,
juga dikenali sebagai sinusitis / jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah
keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala/tanda.
Hidrasi
Minum banyak
air mineral tanpa diberi gula. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong
lendir keluar dengan cara mengencerkannya. Elakkan minum alkohol, kafein,
minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh
menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga
mencetuskan keradangan lebih teruk.
Sedut Wap Air Hangat
Petua
hilangkan resdung pertama ialah dengan menghirup wap air panas. Pertama, rebus
air sebanyak satu gayung, lalu campurkan dengan air garam. Matikan api selepas
air mendidih. Letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup wap panas sambal
rileks.
Bila ingin
lebih berkesan, Anda boleh menyelubungkan kepala dengan tuala yang menutup wap
air panas hingga terkumpul. Hirup selama 15 minit. Lakukan tiga kali dalam
sehari hingga resdung reda.
Memampatkan Muka Dengan Air suam
Bila tidak
kuat dengan menghirup wap, Anda boleh cuba petua kedua iaitu memampatkan bahagian
pipi dengan air suam.
Lidah Buaya
Mungkin
sepanjang ini kita hanya tahu khasiat lidah buaya untuk merawat rambut. Namun
faktanya, lidah buaya boleh dipakai untuk mengubati resdung sebab mengandungi
sifat antiseptik. Cara pakainya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah
buaya pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara
teratur.
Limau Nipis dan Daun Pandan
Petua
hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah memakai campuran limau nipis
dan daun pandan. Campurkan air perasan limau denga daun pandan. Tapiskan sampai
tertinggal air saja. Selepas berakhir, cuci wajah Anda dengan air biasa.
Kunyit atau Halia
Kedua rempah
ini biasa dijumpai di India dan beberapa negara di Timur Tengah. Pada kunyit
terkandung sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan
dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu
mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan
wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.
Cuka Epal dan Madu
Petua
menghilangkan resdung semulajadi selanjutnya adalah memakai cuka epal dan madu.
Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah
limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.
No comments:
Post a Comment