Rambut
merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna
hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka
yang tinggal di Barat
Rambut boleh
kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang
terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.
Apabila usia
semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan
mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut menjadi
putih atau beruban.
Bagaimanapun
seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil
masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada
tempoh jam biologi masing-masing.
Berikut
adalah beberapa petua yang boleh dicuba untuk mencegah rambut gugur. Panduan
ini membantu pertumbuhan semula folikel rambut agar rambut lebih sihat, kuat dan tidak gugur.
o Biarkan
rambut kering dengan sendiri lalu disikat menggunakan sikat yang bergigi
jarang.
o Jangan
ikat rambut terlalu kuat dan ketat.
o Potong
hujung rambut yang bercabang dan rosak dengan kerap.
o Minyak
kelapa dan minyak zaitun cukup terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri.
Untuk mengatasi masalah rambut gugur, anda perlu campurkan satu sudu minyak
zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut
bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup
dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut
seperti biasa dengan menggunakan syampu.
o Kisar
pisang dengan madu, dadih dan susu rendah lemak. Minuman yang kaya dengan
biotin membantu mengukuhkan akar rambut.
o Ambil
suplemen pemakanan seperti Vitamin B6 dan Zink. Ini berguna apabila anda tidak
mendapat khasiat dan zat yang secukupnya daripada sumber makanan semulajadi.
o Tundukkan
kepala ketika mencuci dan mengurut kulit kepala anda. Ini membantu meningkat
dan melancarkan peredaran darah.
o Selesaikan
masalah yang membawa tekanan kerana ini boleh memudaratkan rambut anda.
o Sering
tukar sarung bantal yang anda gunakan kerana rambut mudah rosak akibat terdedah
akan bakteria dan kuman.
o Pastikan
anda dapat tidur yang secukupnya
No comments:
Post a Comment