PETUA MENGEKALKAN RAMBUT SUPAYA TIDAK CEPAT BERUBAN
KURANGKAN STRES
Stres dan
terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan seseorang itu berdepan dengan rambut
beruban. Bukan itu sahaja, stres juga boleh memendekkan hayat. Cuba kurangkan
stres dalam kehidupan seharian.
TIDAK MEROKOK
Kajian
perubatan membuktikan merokok bukan sahaja merosakkan paru-paru malah memberi
tekanan pada rambut, menyebabkan penghisap rokok terutamanya mudah mengalami
masalah rambut beruban.
MINUM BANYAK AIR
Kekurangan
cecair dalam badan bukan sahaja menyebabkan dehidrasi dan kulit kering malah
menghalang nutrisi sampai ke folikel rambut.Apabila rambut tidak menerima
nutrisi yang sepatutnya, ia menyebabkan rambut mudah bertukar warnanya. Kurangkan
makan makanan bergoreng, pedas dan berasid kerana ia mempercepatkan kekurangan
air dalam badan. Banyakkan juga minum air.
GUNA MINYAK KELAPA
Ratakan
minyak kelapa pada rambut dan urut perlahan-lahan. Minyak kelapa memberi
kelembapan pada rambut, menguatkan akar rambut serta kandungan antioksidannya
melindungi rambut daripada berubah warna.
BANYAKKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI
KUPRUM
Copper atau
kuprum merangsang peningkatan melanin yang mengekalkan rambut berwarna hitam.Makanan
yang kaya dengan kuprum adalah kacang walnut, kacang almond, keladi, sawi,
daging, buah beri hitam, nanas, delima dan biji labu.
MASUKKAN LOBAK DALAM PENGAMBILAN SEHARIAN
Untuk rambut
yang hitam berseri, makan lobak dan sawi yang kaya dengan iodin yang membantu
mendapatkan rambut hitam, ikal, serta sihat.
TINGKATKAN JUGA PROTEIN
Protein baik
untuk kesihatan kulit dan rambut. Telur adalah salah satu contoh sumber protein
yang bagus untuk rambut.
DAPATKAN TIDUR SECUKUPNYA
Selain
pemakanan, petua mencegah rambut beruban juga adalah dengan mengelakkan
kekurangan tidur. Tidur yang cukup membuatkan seseorang itu mudah relaks,
tenang, segar dan mengurangkan stres.
BERSENAM
Pengaliran
darah yang sempurna dapat mengelakkan rambut beruban sebelum waktunya. Untuk
meningkatkan pengaliran darah, selalulah bersenam.
Jangan lupa
juga untuk urut kepala selama 5 hingga 10 minit setiap hari untuk merangsang
pengaliran darah di kepala.
No comments:
Post a Comment