Wednesday, November 1, 2017

ULSER MULUT DAN RAWATAN MUDAH

Ulser mulut adalah ulser yang berlaku pada membran mukus rongga mulut. Ulser mulut adalah perkara biasa, yang berlaku dalam hubungan dengan banyak penyakit dan oleh banyak mekanisme yang berbeza, tetapi biasanya tidak ada sebab yang serius.
Ulser mulut sering menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan, dan boleh mengubah pilihan makanan seseorang ketika penyembuhan berlaku (Mengelakkan makanan berasid atau pedas dan minuman).

Apabila terbentuk, ulser boleh dikekalkan oleh keradangan dan / atau jangkitan sekunder. Jarang, ulser mulut yang tidak sembuh mungkin menjadi tanda kanser mulut.


Rawatan Ulser Mulut Secara Tradisonal

MADU

Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru.

Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Boleh juga mencampurkan secubit kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

GEL ALOE VERA


Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.

Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.

BAKING SODA

Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser. Atau, anda boleh mencampurkannya dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih.

Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.

GARAM


Kumurkan mulut dengan air garam selama 30 saat. Ulangi 2-3 kali sehari.

Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis, lalu membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.



TUAMKAN DENGAN UNCANG TEH


Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit.

Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.

MINYAK VITAMIN E


Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya.

Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.

KUMUR LARUTAN ANTISEPTIK
Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser.

No comments:

Post a Comment