Rambut
merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna
hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka
yang tinggal di Barat.
PUNCA RAMBUT GUGUR DAN CARA MERAWATNYA
Berikut
adalah antara punca yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki
& wanita:
PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
Penggunaan
bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan
suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan
kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur
terjadi.
PERUBAHAN HORMON
Perubahan
hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu
mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur.
Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga
disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
GENETIK
Faktor
seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut
gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami
masalah yang sama.
MASALAH ALIRAN DARAH
Rambut gugur
juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah
tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi
penyebab kepada rambut gugur.
SELALU MENARIK RAMBUT/ MENCABUT
Ada wanita
mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan
sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi
kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan
senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
GAYA PEMAKANAN
Gaya
pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga
boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
PETUA MERAWAT RAMBUT GUGUR
PETUA SATU
Ambil perahan air limau nipis dan sapu
rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda
ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga
ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak
membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia
berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2
bulan.
PETUA DUA
Ambil
beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan
kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2
kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat
semulajadi.
PETUA TIGA
Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan
buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda.
Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit.
Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin
biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain
supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua
ini sekali dalam seminggu.
No comments:
Post a Comment