Sunday, October 18, 2020

PETUA MENINGKATKAN KESUBURAN ISTERI

Kesuburan wanita memuncak di antara usia 22 hingga 26 tahun, dan biasanya merosot selepas usia 30 tahun: seorang wanita berusia 30 tahun yang biasa mempunyai 12% simpanan ovari yang ada ketika lahir, tetapi merosot hingga 3% sahaja apabila berusia 40 tahunDisebabkan semakin ramai wanita yang melewatkan kehamilan mereka,kaum manusia mungkin berhadapan dengan masalah kemandulan. Bagi wanita-wanita yang cuba mengandung tanpa menggunakan ubat kesuburan atau penyuburan in vitro:


Pada usia 30 tahun, 75% akan menjadi hamil dalam setahun, dan 91% dalam empat tahun.Pada usia 35 tahun, 66% akan menjadi hamil dalam setahun, dan 84% dalam empat tahun.Pada usia 40 tahun, 44% akan menjadi hamil dalam setahun, dan 64% dalam empat tahun.

Berikut merupakan petua untuk meningkatkan kesuburan isteri

1. KAWAL BERAT BADAN

Usahakan untuk mendapat berat badan yang ideal.Obesiti boleh menganggu pengeluaran telur.


2. JAGA PEMAKANAN

Elakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak menyihatkan seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman berkarbonat dan minuman beralkohol. Banyakkan mengambil makanan bernutrisi terutama yang tinggi yang kaya dengan asid folic, Vitamin C dan B-Complex.


3. BERHATI HATI DALAM MENGAMBIL UBATAN

Kebanyakan ubat seperti anti-kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik akan memberi kesan kepada tahap kesuburan. Oleh itu, cuba elakkan mengambil ubat-ubatan jika merancang untuk hamil dan berbincanglah dengan doktor.


4.PERIKSA RAHIM ANDA

Masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Sekiranya ada tanda-tanda seperti haid yang tidak teratur, sengugut teruk, haid yang banyak, sakit perut yang melampau, segeralah berjumpa doktor.


5. SENAMAN BERKALA

Bersenam secara tetap dan teratur. Ia bukan sahaja menyihatkan namun membantu mengekalkan berat badan ideal.


No comments:

Post a Comment