Durian (Tulisan Jawi: دورين) ialah
buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian) yang
menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia
Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan
isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah
durian mendapat namanya. Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12
inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga
kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna
kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga
merah, bergantung kepada spesies.
Isi buah ini mengeluarkan bau
yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah
orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang lain berasa
aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi daripada
penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan bau
badam, bawang busuk, turpentin dan stoking gim. Bau ini telah menyebabkan
adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia
Tenggara.
5 Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Bersama Durian :
SUSU
Tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat jika minum susu bersama durian. Ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur yang dimiliki susu. Jadi jika dimakan bersama, tubuh badan kita tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya bagi mengeluarkan dan menghancurkan toksin.
KOPI
Kafein aktif dalam kopi membuatkan jantung kita berdegup lebih laju dan mampu menyebabkan suhu badan manusia menjadi lebih panas. Disebabkan kesan memakan keduanya durian dan kopi adalah sama, jadi untuk digandingkan bukan lah idea yang baik terutama untuk pesakit jantung.
TERUNG
Mungkin ramai yang tidak tahu, terung juga boleh menaikkan tubuh badan manusia apabila dikonsum. Dan kesannya adalah sama seperti kopi.
KETAM
Daging ketam mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, begitu juga buah durian yang mengandungi karborhidrat serta lemak tinggi. Jadi jika seseorang yang mempunyai kolestral tinggi makan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memudaratkan.
DAGING LEMBU DAN KAMBING
Daging lembu dan kambing memberi kesan panas pada suhu badan kita dan sebaiknya tidak dimakan waktu berdekatan dengan durian. Perkara ini akan membawa kepada peradangan atau inflamasi pada tubuh anda.
No comments:
Post a Comment